Cara Daftar, Jenis Bantuan & Semakan Status
13 mins read

Cara Daftar, Jenis Bantuan & Semakan Status


Sistem eKasih (mykasih.com.my/) ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. 

Secara ringkas, bantuan eKasih adalah khusus untuk mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Untuk mengetahui syarat kelayakan permohonan eKasih, cara memohon bantuan ekasih dan info-info berkaitan eKasih, teruskan membaca.

ekasih
Halaman Portal eKasih

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa seramai 4.1 juta penerima yang layak akan menerima bantuan RM100 sebulan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), selain daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sedia ada.

Namun, untuk melayakkan diri menerima manfaat daripada program SARA ini, seseorang mestilah terlebih dahulu berdaftar dalam sistem e-Kasih.

Jadi, apa sebenarnya e-Kasih ini dan bagaimana ia berfungsi?

Apakah eKasih?

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima. 

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Selain tujuan di atas, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan skim i-Suri KWSP sebanyak RM480 setahun.

Pendaftaran eKasih boleh dibuat secara online atau di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah. Semakan status SARA STR pula boleh dibuat melalui Portal MyKasih atau aplikasi MyKasih.

Jenis Bantuan Yang Boleh Diterima Individu Yang Berdaftar Dengan e-Kasih

Pendaftaran e-Kasih akan mewujudkan nama seseorang dalam data kerajaan.

Melalui data ini, pendaftar layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya:

1. Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai langsung yang diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat bagi tahun 2025.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan pendekatan bantuan bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Penyaluran SARA yang bersasar melalui MyKad ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mengaplikasikan teknologi digital terkini bagi memudahkan akses rakyat.

Semakan kelulusan boleh dibuat melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (

eKasih: Cara Daftar, Jenis Bantuan & Semakan Status SARA STR 2025eKasih: Cara Daftar, Jenis Bantuan & Semakan Status SARA STR 2025
Penerima STR tertentu layak mendapat bantuan SARA, semakan melalui portal MyKasih
mykasih app semakan bakimykasih app semakan baki
Portal MyKasih

Semakan status Program MyKasih boleh disemak melalui pautan berikut : https://www.mykasih.com.my/site/

Anda juga boleh membuat semakan di portal e-Kasih untuk melihat status terkini, sama ada anda termasuk dalam kategori miskin atau tidak.

ekasihekasih
Portal e-Kasih

Contoh Semakan Status Kelayakan eKasih

CONTOH STATUS 1: WUJUD DALAM SENARAI E-KASIH, TETAPI TIDAK TERMASUK DALAM KATEGORI MISKIN

ekasihekasih
Contoh Semakan Status Kelayakan eKasih

CONTOH STATUS 2 : WUJUD DALAM SENARAI E-KASIH DAN TERMASUK DALAM KATEGORI MISKIN

ekasihekasih
Contoh Semakan Status Kelayakan eKasih

Kaedah Penyaluran & Kadar Bantuan SARA 2025

Sila ambil maklum bahawa kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula 15 Januari 2025 (Rabu) melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima yang mendaftar di bawah eKasih.

Bantuan ini disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai “Miskin Tegar” mengikut data eKasih dalam bentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless).

Bagi tahun 2025, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Di bawah program SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.

ekasihekasih
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

Barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah seperti barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar bantuan SARA bagi penerima yang berdaftar di bawah eKasih sehingga RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.

Sebanyak RM100 sumbangan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.

Sila semak kadar bantuan yang layak diterima mengikut kategori seperti di bawah :

ekasihekasih
Sumber : Berita RTM

Bagi penerima di Sabah dan Sarawak, anda digalakkan untuk membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan

eKasih: Cara Daftar, Jenis Bantuan & Semakan Status SARA STR 2025eKasih: Cara Daftar, Jenis Bantuan & Semakan Status SARA STR 2025
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah STR

Rujuk langkah-langkah terperinci di bawah:

LANGKAH MEMBELI BARANGAN BANTUAN MAKANAN MYKASIH

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Langkah membeli barangan bantuan makanan SARALangkah membeli barangan bantuan makanan SARA
Langkah membeli barangan bantuan makanan SARA

Sila rujuk cara penggunaan kad MyKasih untuk pembelian barangan asas dan keperluan: MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2024

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN SARA STR 2025 : STR 2025 – Semakan Status, Permohonan & Maklumat Bayaran

2. I-Suri / i-Saraan KWSP (Insentif RM300 setahun)

Surirumah yang berdaftar dengan e-Kasih juga layak memohon bantuan di bawah skim i-Suri KWSP (kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-suri)

Sebagai penghargaan terhadap sumbangan suri rumah kepada pembangunan keluarga dan negara, kadar insentif padanan Kerajaan bagi program i-Suri sebanyak 50% daripada jumlah caruman tahunan akan dilanjutkan pada tahun 2025.

Melalui skim ini, surirumah berpeluang untuk menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa.

Inisiatif ini adalah tertakluk kepada had maksimum insentif padanan Kerajaan sebanyak RM300 setahun dan RM3,000 untuk seumur hidup, atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu. 

skim i-Suri KWSP skim i-Suri KWSP
skim i-Suri KWSP

Rujuk cara daftar skim i-Suri KWSP di pautan berikut: Program Kasih i-Suri KWSP.

3. Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) – Bantuan RM300 Sebulan

Bantaun eKasih yang seterusnya ialah Sentuhan Kasih Rakyat SYUKUR Sabah.

Kerajaan Sabah melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.

Di bawah program ini, ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Sabah akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM300, yang akan dilaksanakan secara berperingkat setiap suku tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

SYUKUR adalah antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk meringankan beban sara hidup rakyat, sebagai tambahan kepada program bantuan tunai yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Rujuk: SYUKUR Sabah – Program Sentuhan Kasih Rakyat FASA 2 / 2025

Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat SYUKUR SabahBantuan Sentuhan Kasih Rakyat SYUKUR Sabah
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat SYUKUR Sabah

4. Bantuan JKM

Terdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan melalui eKasih iaitu:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – Bulanan RM150 hingga RM1000
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC); – RM500 sebulan seorang.
  3. Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Orang Tua (BOT); – RM500 sebulan seorang.
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA); – RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP); – RM200 sebulan seorang.
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP); – Maksimum RM2,700 sekaligus.
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).

Syarat Kelayakan

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

Secara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada :

  1. Pekerjaan Bergaji.
  2. Bekerja Sendiri.
  3. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
  4. Pindahan Semasa diterima.

Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti berikut:

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa ini boleh mendaftar sekiranya anda layak dan masih belum mendaftar.

Proses Permohonan

Berikut ialah aliran proses pendaftaran eKasih: (rujuk gambar rajah)

 Proses pendaftaran eKasih Proses pendaftaran eKasih
Proses pendaftaran eKasih

Panduan Pendaftaran eKasih 2025

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800
No telefon dan No fax pejabat PPNNo telefon dan No fax pejabat PPN
No telefon dan No fax pejabat PPN

*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

Maklumat Yang Diperlukan

Untuk memohon eKasih, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Semakan Status eKasih 2025

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut :

semakan pendaftaran ekasih 2023semakan pendaftaran ekasih 2023
Semakan eKasih

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2025, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri melalui pautan

Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

Soalan Lazim – eKasih

1. Apakah itu e-Kasih?

e-Kasih adalah sistem pangkalan data nasional yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengenal pasti dan memantau golongan miskin dan berpendapatan rendah bagi tujuan bantuan sosial dan program pembasmian kemiskinan.

2. Siapakah yang layak untuk didaftarkan dalam e-Kasih?

Golongan yang berpendapatan rendah, miskin dan memerlukan bantuan kerajaan, termasuk penerima bantuan tunai, adalah disasarkan untuk didaftarkan dalam sistem e-Kasih.

3. Bagaimana cara untuk mendaftar e-Kasih?

Pendaftaran biasanya dilakukan melalui pejabat daerah atau agensi kerajaan yang berkaitan, di mana pemohon perlu mengisi borang dan menyerahkan dokumen sokongan seperti bukti pendapatan dan pengenalan diri.

4. Mengapa pendaftaran dalam e-Kasih penting?

Pendaftaran dalam e-Kasih adalah syarat penting untuk layak menerima bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan program bantuan kerajaan lain yang berkaitan.

5. Bolehkah penerima mengemaskini maklumat dalam e-Kasih?

Ya, penerima boleh mengemaskini maklumat mereka seperti alamat, status pendapatan dan lain-lain melalui pejabat daerah atau agensi berkaitan untuk memastikan data sentiasa tepat.

6. Bagaimana semakan status eKasih boleh dibuat?

Semakan status eKasih boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi atau dengan menghubungi Pejabat Daerah atau ICU Negeri.

7. Adakah pendaftaran eKasih menjamin bantuan secara automatik?

Tidak. Pendaftaran hanyalah langkah awal. Penerima akan dinilai berdasarkan syarat program yang ditawarkan oleh agensi berkaitan. Hanya yang menepati kriteria akan dipilih.

8. Siapa yang saya boleh hubungi jika ada pertanyaan lanjut tentang eKasih?

Pejabat Pembangunan Negeri masing-masing
ICU JPM di talian rasmi: 03-8888 8000
– Layari laman rasmi:



Game Center

Game News

Review Film

Berita Olahraga

Lowongan Kerja

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Berita Politik

Resep Masakan

Pendidikan
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Originally posted 2025-08-01 15:10:40.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *