Permohonan STR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah)
Permohonan Baharu STR 2026 FASA 3 boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi ATAU melalui Borang Permohonan STR (BK-01).
Sekiranya nama anda tiada dalam pangkalan data STR, anda boleh membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut – turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai permohonan STR 2026.
BACA JUGA: Kemaskini STR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah)
Apakah itu STR – Sumbangan Tunai Rahmah 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya bagi isi rumah yang berpendapatan rendah.
Melalui pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan bahawa jumlah peruntukan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion yang diperuntukkan pada tahun 2025.
Jumlah ini adalah hasil penjimatan subsidi bahan api dan langkah penambahbaikan tatakelola kerajaan untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang layak.


Objektif utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.
STR 2026 disasarkan kepada:
- Isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM2,500 atau antara RM2,501 hingga RM5,000.
- Warga emas tiada pasangan berpendapatan ≤ RM5,000.
- Individu bujang berpendapatan ≤ RM2,500 yang menepati kriteria kelayakan (bukan pelajar sepenuh masa).
- Program ini juga memperluas perlindungan kepada komuniti dalam eKasih dan golongan rentan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Antara intipati utama berkaitan STR dalam Belanjawan 2026 termasuklah:
- Seramai 9 juta penerima STR akan terus menikmati faedah bantuan ini, dengan tambahan SARA sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.
- Penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih akan menerima bantuan SARA lebih tinggi, sehingga RM200 sebulan.
- Isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan dan mempunyai lima anak boleh menerima bantuan maksimum sehingga RM4,600 setahun melalui gabungan STR dan SARA.
- STR fasa 4 yang bernilai RM2 bilion akan dibayar lebih awal sempena perayaan Deepavali 2025, sebagai tanda pengiktirafan terhadap beban kos perayaan.
Syarat Kelayakan STR 2026
Siapa yang Layak Menerima Sumbangan Tunai Rahmah 2026? Rujuk jadual di bawah:
| Kategori Individu | Syarat Kelayakan |
|---|---|
| Isi Rumah | Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah |
NOTA:
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Permohonan Baharu FASA 3 STR 2026
Permohonan Baharu FASA 3 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kini sentiasa dibuka kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dan masih belum membuat permohonan sebelum ini.
Orang ramai boleh mengemukakan permohonan melalui;
- Secara dalam talian melalui portal rasmi STR
- Menggunakan borang kertas (BK-01) yang boleh dihantar ke Pejabat HASiL berdekatan untuk diproses.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan dan syarat kelayakan, sila layari laman rasmi atau imbas kod QR yang disediakan.


Cara Permohonan STR 2026
Permohonan STR 2026 boleh dibuat melalui dua cara iaitu;
- Melalui Portal STR 2026 di pautan berikut: atau;
- Secara manual dengan pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan anda.
Sila rujuk panduan pengguna bagi tatacara untuk membuat permohonan STR 2026
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2026 adalah seperti berikut:
- Individu atau isi rumah yang belum pernah membuat permohonan STR sebelum ini (pemohon baharu).
- Mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima STR tahun sebelumnya dan ingin mendapatkan bantuan untuk tahun 2026.
- Individu atau isi rumah yang telah mendapat status “Tidak Layak” selepas semakan STR sebelumnya, perlu membuat permohonan baharu jika ingin dipertimbangkan semula.
Permohonan STR 2026 Secara Online Melalui Portal MySTR
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut:
1. Layari Portal STR 2026 di pautan berikut: .
2. Klik butang “Permohonan Baharu”.
3. Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID.


4. Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
5. Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
6. Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
7. Buat pengesahan dan tandakan kotak persetujuan sebelum menghantar permohonan.
8. Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan permohonan selepas berjaya dihantar untuk semakan status kemudian hari.
NOTA:
- Permohonan juga boleh dibuat di kaunter LHDN atau Pusat Khidmat Hasil jika menghadapi masalah akses online.
- Anda WAJIB daftar akaun MySTR baharu walaupun pernah mohon STR sebelum ini.
- Pastikan semua maklumat diisi lengkap dan betul untuk mengelakkan permohonan ditolak.
- Permohonan dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
PANDUAN PERMOHONAN STR 2026 (Bergambar)


















Anda juga boleh muat turun PANDUAN PERMOHONAN STR 2026 (PDF) dibawah:
Permohonan Baru STR 2026 Secara Manual
Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
- Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
- Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
| Individu | Jenis Dokumen |
|---|---|
| Pemohon | Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2026 |
| Pasangan | Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan |
| Anak | Anak Kandung: i. Salinan Sijil Lahir; dan ii. Salinan MyKad / MyKid Anak Angkat: i. Salinan MyKad / MyKid; dan ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN |
Permohonan Baru STR 2026 Menggunakan MyDIGITAL ID
Permohonan Baru STR 2026 menggunakan MyDIGITAL ID adalah satu pilihan alternatif bagi memudahkan proses pendaftaran dan permohonan secara digital. Berikut adalah cara dan prosedur permohonan baharu STR 2026 menggunakan MyDIGITAL ID:
Cara Memohon STR 2026 dengan MyDIGITAL ID
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di
- Pada halaman utama portal MySTR, klik butang “Permohonan Baharu dengan MyDigital ID” untuk permohonan menggunakan MyDIGITAL ID.
- Jika pilih permohonan biasa tanpa MyDIGITAL ID, klik butang “Ya, Teruskan”.
- Jika pilih MyDIGITAL ID, akan dipaparkan kod QR untuk pengimbasan MyDIGITAL ID bagi pengesahan.
- Selepas pengesahan MyDIGITAL ID, pemohon terus didaftarkan akaun STR secara automatik, memudahkan pengisian data tanpa perlu daftar akaun manual.
- Isi maklumat permohonan seperti nombor MyKad, nombor telefon, pilihan pekerjaan, status perkahwinan, pendapatan bulanan isi rumah, dan lain-lain maklumat yang diwajibkan.
- Lengkapkan permohonan dan lampirkan dokumen sokongan jika perlu sebelum menghantar.
- Jika berjaya, anda boleh memilih untuk mendaftar akaun MySTR bagi kemudahan semakan dan kemaskini permohonan di masa hadapan.
PANDUAN PERMOHONAN STR 2026 MENGGUNAKAN MyDIGITAL ID (Bergambar)






















Anda juga boleh muat turun PANDUAN PERMOHONAN STR 2026 Menggunakan MyDIGITAL ID (PDF) dibawah:
Kelebihan Permohonan dengan MyDIGITAL ID
- Memudahkan pendaftaran kerana akaun STR didaftarkan secara automatik selepas pengesahan MyDIGITAL ID.
- Mengurangkan risiko kesilapan pengisian data kerana maklumat dipautkan terus dengan identiti digital rasmi kerajaan.
- Mempercepatkan proses permohonan dan pengesahan identiti secara digital tanpa perlu hadir ke kaunter secara fizikal.
NOTA:
- Pendaftaran MyDIGITAL ID boleh dilakukan melalui aplikasi mudah alih MyDigital ID yang perlu diimbas semasa proses permohonan STR menggunakan MyDIGITAL ID.
- MyDIGITAL ID adalah identiti digital tunggal rakyat Malaysia yang digunakan untuk mengakses pelbagai sistem kerajaan secara selamat dan mudah.
Siapa yang Perlu Kemaskini STR 2026?
Manakala, bagi pemohon sedia ada, anda perlu mengemaskini maklumat STR untuk tahun 2026. Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tidak mengemas kini permohonan STR selama 3 tahun berturut-turut perlu membuat permohonan baharu untuk kelayakan tahun 2026.
- Isi rumah atau individu yang berlaku perubahan dalam status peribadi seperti:
- Perubahan status perkahwinan (kahwin, cerai, kematian pasangan)
- Penambahan atau pengurangan bilangan anak tanggungan
- Perubahan pendapatan atau kategori pekerjaan
- Perubahan maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon, dan akaun bank.
Muat Turun PDF Panduan Kemaskini Permohonan STR 2026 di bawah:
NOTA: Semua pemohon dikehendaki mendaftar Akaun MySTR baru bermula tahun 2026 walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk pengesahan identiti dan kelayakan.
Panduan Daftar MySTR 2026
Untuk mendaftar akaun MySTR 2026, rujuk caranya di bawah:
- Layari portal rasmi MySTR di pautan .
- Klik pada butang “LOG MASUK” di laman utama portal.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu” untuk mula proses pendaftaran akaun baru walaupun anda sudah ada akaun sebelum ini.
- Akan dipaparkan soalan-soalan keselamatan untuk pengesahan, klik butang ‘Seterusnya’ untuk meneruskan.
- Masukkan:
- Nombor kad pengenalan (MyKad).
- Emel yang sah untuk pengesahan pendaftaran.
- Kata laluan dan pengesahan kata laluan.
- Pilih dan isi jawapan untuk 5 soalan keselamatan yang disediakan.
- Klik butang ‘Daftar Akaun’ untuk melengkapkan pendaftaran.
- Anda akan menerima emel pengesahan untuk mengaktifkan akaun MySTR anda.
- Setelah akaun didaftarkan, anda boleh log masuk dan terus membuat permohonan atau kemas kini maklumat STR 2026.
PANDUAN PENDAFTARAN MySTR 2026 (Bergambar)








Anda juga boleh muat turun PANDUAN PENDAFTARAN MySTR 2026 (PDF) dibawah:
Log Masuk MySTR 2026
- Log Masuk ke akaun hanya boleh dilakukan menggunakan Log Masuk sedia ada bermula 15 Oktober 2025.
- Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2026 bagi pemohon yang telah mendaftarkan akaun MySTR 2026.
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
- Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Cara Log Masuk Portal MySTR 2026:
- Masukkan nombor MyKad dan kata laluan yang didaftarkan di laman log masuk portal MySTR.
- Klik butang “Log Masuk” dan buat semakan status permohonan atau kemas kini maklumat.




Tarikh Akhir Permohonan STR 2026
Permohonan STR 2026 dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.


Jadual Bayaran STR 2026 Mengikut Kategori
Fasa Pembayaran STR 2026
| Fasa | Kaedah Pembayaran dan Tarikh Pembayaran |
| Fasa 1 | Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| Fasa 2 | Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| Fasa 3 | Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| Fasa 4 | Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
NOTA: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
Kadar Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 (STR 2026)
Kadar bayaran STR 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan. Rujuk jadual di bawah:
| Pendapatan | Kadar STR 2026 | |||
| Isi Rumah | Anak ≥ 5 | Anak 3 – 4 | Anak 1 – 2 | Anak 0 |
| ≤ RM2,500 | RM2,500 | RM2,000 | RM1,500 | RM1,000 |
| RM2,501 – RM5,000 | RM1,250 | RM1,000 | RM750 | RM500 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | ||||
| ≤ RM5,000 | RM600 | |||
| Bujang | ||||
| ≤ RM2,500 | RM600 | |||


Kaedah Pembayaran STR
Penerima bantuan STR boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui dua cara iaitu:
- Walk In ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
- Pengkreditan ke Akaun Bank : Wang bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Status pengkreditan gagal kredit
- Tiada maklumat akaun bank
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah () sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.
BACA JUGA: STR Fasa 4 – Semakan Bayaran Mulai 18 Oktober 2025
Maklumat Lanjut STR 2026
Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2026, anda boleh ikuti dan layari:
Info STR 2026 juga akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web ini, pastikan anda mengikuti kami di saluran Whatsapp untuk notifikasi maklumat terkini.
Soalan Lazim Permohonan Baru STR 2026
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk FAQ di bawah:
STR 2026 adalah bantuan kewangan dari kerajaan Malaysia yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagi meringankan kos sara hidup.
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2026 adalah seperti berikut:
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2025; serta
Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
a. Pemohon:
– Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
– Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
– Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
– Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
– Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2025
b. Pasangan:
– Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
c. Anak:
i. Anak Kandung:
– Salinan Sijil Lahir; dan
– Salinan MyKad / MyKid
ii. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.
Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan STR mewajibkan penggunaan MyKad sahaja. Permohonan STR hanya boleh dilakukan setelah anda mempunyai MyKad.
Tidak. Anda tidak layak memohon di bawah kategori isi rumah kecuali anda telah mendaftarkan perkahwinan dengan Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Namun sekiranya anda mempunyai anak, anda layak memohon STR dengan mengemukakan Sijil Lahir Anak yang berdaftar di JPN sebagai bukti perkahwinan.
Tidak. Bantuan ini adalah untuk warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia sahaja.
Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia sahaja.
Anda boleh menghantar permohonan STR secara dalam talian dengan memilih Tiada Maklumat Akaun Bank. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengisi maklumat akaun bank anda bagi membolehkan pembayaran STR dibuat dengan mudah dan cepat tanpa perlu hadir ke kaunter BSN.
J: Anda perlu mendaftarkan alamat e-mel yang sah semasa permohonan STR kerana alamat e-mel berkenaan akan digunakan untuk tujuan berikut:
Set semula akaun STR disebabkan terlupa soalan keselamatan semasa log masuk; dan
Penyampaian makluman STR
Anda digalakkan untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan ke Portal Rasmi STR semasa permohonan. Sekiranya anda ingin menghantar ke Pejabat LHDNM, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan dengan mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) yang boleh diperolehi di Pejabat LHDNM atau dimuat turun dari Portal Rasmi STR. Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Serahan Dokumen Sokongan berkenaan sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum permohonan anda diproses sepanjang tahun.
Tidak. Sebarang permohonan secara dalam talian boleh dikemukakan semula selepas kelulusan setiap fasa diperolehi.
Tidak. Sekiranya dokumen sokongan yang diperlukan telah berjaya dimuat naik di Sistem STR semasa permohonan secara dalam talian, anda tidak perlu kemukakan semula dokumen berkenaan ke Pejabat LHDNM.
Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran adalah secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad. Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi pembayaran STR, agar proses pembayaran dapat diterima dengan mudah dan cepat.
Anda perlu mendaftarkan akaun bank persendirian.
Permohonan dibuat secara online melalui portal dengan mendaftar akaun MySTR baharu walaupun mempunyai akaun lama. Pilihan permohonan dengan MyDIGITAL ID juga tersedia.
Ya, boleh dibuat di cawangan LHDN atau Pusat Khidmat Hasil seluruh negara.
Permohonan baharu fasa 3 STR sentiasa dibuka kepada warganegara Malaysia yang menepati syarat dan tiada pada permohonan STR 2026.
Status boleh disemak dengan login ke akaun MySTR di portal rasmi STR.
Pemohon boleh reset kata laluan menggunakan emel berdaftar dan menjawab soalan keselamatan. Akaun akan dikunci selama 24 jam jika soalan keselamatan gagal dijawab sebanyak 3 kali berturut-turut.
Pemohon wajib membuat kemas kini permohonan untuk memastikan maklumat sentiasa tepat, terutamanya selepas tiga tahun tidak kemas kini.
Tidak perlu memohon, SARA diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.