Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) 2026
Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) diperkenalkan selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula tahun 2025, bertujuan meningkatkan motivasi, produktiviti serta mengekalkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan awam. Bagi tahun 2026, ia telah diperluas kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Sila rujuk pekeliling rasmi di pautan
Artikel ini turut menghuraikan kumpulan pegawai yang terlibat, tarikh kuat kuasa, dokumen rujukan rasmi serta saluran maklumat terkini berkaitan pelaksanaan insentif tersebut.
Perkeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPSSM)
PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA (MyPSSM) CERAIAN UP.5.1.3: PEMBERIAN INSENTIF BERASASKAN PRESTASI BAGI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024.
Selaras dengan itu, Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) diperkenalkan dan diperluaskan kepada pegawai Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi meningkatkan motivasi dan prestasi kerja.
Pelaksanaan BIPs bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional diperincikan melalui MyPPSM Ceraian UP.5.1.3 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 dan boleh diakses melalui portal MyPPSM.
Ketetapan ini turut dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaan pihak berkuasa masing-masing.



Pengenalan Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs)
Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan telah berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024. Selaras dengan pekeliling ini, Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) juga telah diperkenalkan sebagai galakan bagi meningkatkan motivasi kerja dan mengekalkan kecemerlangan prestasi pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Bagi meningkatkan motivasi kerja dan mengekalkan kecemerlangan prestasi pegawai, insentif ini turut diperluas kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Sehubungan dengan itu, pelaksanaan BIPs bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Persekutuan diperincikan melalui panduan yang berasingan, iaitu di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.5.1.3: Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Ceraian UP.5.1.3 boleh dicapai melalui portal MyPPSM sebagai panduan untuk menjelaskan dasar dan pelaksanaan BIPs bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Persekutuan. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Ketetapan ini juga turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.
Sila rujuk :






Syarat Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs)
Antara ciri pegawai yang layak dipertimbangkan BIPs adalah seperti berikut:
- Pegawai lantikan tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
- Pegawai yang berada dalam SSPA;
- Pegawai dalam skim perkhidmatan yang laluan kenaikan pangkatnya hanya tertakluk kepada kekosongan jawatan. Senarai dan skim perkhidmatan yang layak bagi urusan ini iaitu:
- Pegawai Kawalan Trafik Udara
- Pegawai Laut
- Pemeriksa Kapal Terbang
- Ahli Muzik
- Pegawai Kebudayaan
- Penerbit Rancangan
- Pereka
- Pegawai Geosains
- Pegawai Kawalan Alam Sekitar
- Pegawai Meteorologi
- Pegawai Teknologi Makanan
- Guru Bahasa
- Pegawai Ehwal Ekonomi
- Perangkawan
- Pegawai Teknologi Maklumat
- Pegawai Hidupan Liar
- Pegawai Perikanan
- Pegawai Pertanian
- Pegawai Rancangan Tanah
- Pegawai Veterinar
- Pemelihara Hutan
- Arkitek
- Arkitek Landskap
- Jurugeospatial
- Jurutera
- Juruukur
- Juruukur Bahan
- Juruukur Bangunan
- Pegawai Perancang Bandar dan Desa
- Pemeriksa Kilang dan Jentera
- Penguasa Penjara
- Penguasa Bomba
- Pegawai Keselamatan
- Pegawai Penguat Kuasa
- Pegawai Pertahanan Awam
- Penguasa Imigresen
- Pegawai Pendaftaran
- Pegawai Undang-undang
- Pegawai Syariah
- Pegawai Tadbir dan Diplomatik
- Pegawai Tadbir
- Pegawai Penyelidik
- Kurator
- Pegawai Antidadah
- Pegawai Arkib
- Pegawai Belia dan Sukan
- Pegawai Berita
- Pegawai Hal Ehwal Islam
- Pegawai Pembangunan Masyarakat
- Pegawai Penerangan
- Pegawai Perhubungan Perusahaan
- Pegawai Psikologi
- Perancang Bahasa
- Pustakawan
- Pegawai Dietetik
- Pegawai Optometri
- Pegawai Pemulihan Perubatan
- Jururawat
- Juru X-Ray
- Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Penolong Pegawai Perubatan
- Juruaudit
- Pegawai Penilaian
- Penguasa Kastam
- Telah memenuhi tempoh perkhidmatan di gred semasa pada 31 Disember tahun penilaian seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1 seperti berikut:
| Gred | Tempoh Perkhidata |
|---|---|
| 9 | 8 tahun dan ke atas |
| 10 | 8 tahun dan ke atas |
| 12 | 6 tahun dan ke atas |
| 13 | 6 tahun dan ke atas |
| 14 | 6 tahun dan ke atas |
Terdapat beberapa syarat pegawai yang layak dipertimbangkan BIPs, iaitu seperti berikut:
- Memperoleh wajaran markah prestasi sekurang-kurangnya 85% bagi tiga (3) tahun terkini;
- Markah prestasi tahun terkini hendaklah sekurang-kurangnya 85%;
- Lulus tapisan tatatertib bagi tahun penilaian; dan
- Diperaku oleh Ketua Jabatan
Carta Alir Proses Kerja Pemberian BIPs
Carta Alir proses pemberian BIPs adalah seperti berikut:






Penetapan Kaedah Pengiraan Wajaran Markah Prestasi
Kaedah pengiraan wajran markah prestasi bagi pertimbangan BIPs adalah berdasarkan markah prestasi tiga (3) tahun terkini berturut-turut dengan markah keseluruhan sekurang-kurangnya 85%.
Dalam keadaan tertentu di mana penilaian prestasi tidak dapat dilaksanakan, markah prestasi bagi dua (2) tahun atau satu (1) tahun boleh digunakan dengan wajaran seperti berikut:
| Tahun Pertama (%) (a) | Tahun Pertama (%) (b) | Tahun Pertama (%) (c) | Tahun Pertama (%) (d) |
|---|---|---|---|
| 20 | 35 | 45 | 100 |
| – | 43.75 | 56.25 | 100 |
| 30.80 | – | 69.20 | 100 |
| – | – | 100 | 100 |
CONTOH PENGIRAAN WAJARAN MARKAH PRESTASI
A) Pengiraan wajaran markah prestasi untuk tiga tahun terkini berturut


B) Pengiraan wajaran prestasi untuk dua tahun


C) Pengiraan wajaran prestasi untuk satu tahun


CONTOH KAEDAH PENGIRAAN TEMPOH PERKHIDMATAN YANG DIAMBIL KIRA & TIDAK DIAMBIL KIRA






Borang Permohonan Pemberian BIPs
1. KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL




2. KUMPULAN PELAKSANA




SIMULASI – Tempoh Kelayakan Pemberian BIPs










SIMULASI – Bayaran BIPs










Maklumat Lanjut
Pengumuman inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam usaha memperkasa dan memperkukuh perkhidmatan awam negara.
Maklumat lanjut serta perincian rasmi berkaitan insentif ini akan diumumkan melalui saluran rasmi Kerajaan Malaysia dan platform media sosial Jabatan Perkhidmatan Awam dalam masa terdekat.
Sebarang perkembangan atau maklumat terkini juga akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui artikel ini.
Soalan Lazim – Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs)
Rujuk soalan lazim berkenaan Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) 2026 di sini:
Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) merupakan satu insentif kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan sebagai mekanisme penghargaan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang. Insentif ini bertujuan meningkatkan motivasi, komitmen dan kecemerlangan perkhidmatan dalam sektor awam.
BIPs pertama kali diperkenalkan pada tahun 2025 selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Pelaksanaan BIPs bertujuan untuk:
Mengiktiraf kecemerlangan prestasi penjawat awam;
Menghargai pegawai yang telah berkhidmat lama di gred maksimum;
Meningkatkan motivasi, produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
Pada peringkat awal, BIPs diberikan kepada pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memenuhi syarat kelayakan dan mencapai prestasi cemerlang.
Selanjutnya, insentif ini turut diperluaskan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.
BIPs bagi Kumpulan Pelaksana berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
BIPs bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Ya. BIPs melibatkan pelbagai skim perkhidmatan yang diperuntukkan, termasuk skim teknikal, profesional, keselamatan, pentadbiran, kesihatan, pendidikan dan lain-lain seperti yang disenaraikan dalam Lampiran UP.5.1.3(A).
Ketetapan pelaksanaan BIPs turut dipanjangkan kepada:
Perkhidmatan Awam Negeri;
Pihak Berkuasa Berkanun; dan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),
tertakluk kepada penerimaan dan kelulusan pihak berkuasa masing-masing.
Maklumat lanjut dan perincian rasmi berkaitan BIPs akan diumumkan melalui:
Saluran rasmi Kerajaan Malaysia; dan
Platform media sosial Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan
Ketua Jabatan boleh untuk tidak memperaku namun hendaklah membuat ulasan perakuan/justifikasi ke atas permohonan pegawai yang telah memenuhi syarat yang ditetapkan.
Tidak boleh. Semua pegawai yang telah memenuhi syarat BIPs layak untuk dipertimbangkan BIPs.
Tidak boleh. Kementerian/Jabatan hendaklah menggunakan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di perenggan 6 Ceraian UP.5.1.2.
Tidak boleh. Pegawai perlu mengemukakan semula permohonan pada tahun berikutnya selaras dengan perenggan 10(i)(b) Ceraian UP.5.1.2.
Pegawai yang dinaikkan pangkat secara hakiki atau TBK2 boleh memohon BIPs setelah memenuhi syarat yang ditetapkan
BPSM digalakkan untuk membuat hebahan pada awal tahun dan tempoh permohonan perlu dinyatakan dalam iklan. Bagi pegawai yang mengemukakan
permohonan selepas tempoh iklan, permohonan tidak akan diproses. Pegawai boleh mengemukakan semula permohonan pada tahun berikutnya.
Pembayaran BIPs adalah secara bulanan bagi tempoh Januari hingga Disember dalam tahun pembayaran dan tidak boleh dikebelakangkan ke tahun sebelumnya.
Tidak layak memohon. Pegawai boleh memohon selepas ditempatkan di jawatan hakiki dan memperoleh markah penilaian prestasi tahun semasa di jabatan terkini dan berdasarkan syarat yang ditetapkan.
Tidak layak memohon BIPs kerana pegawai sedang memangku di gred kenaikan pangkat. Pegawai boleh memohon BIPs setelah dinaikkan pangkat ke gred 8 dan memenuhi tempoh perkhidmatan 6 tahun dan ke atas seperti di perenggan 5.(iii) Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.5.1.2 – Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Pegawai boleh memohon BIPs berdasarkan seperti situasi berikut:
Situasi 1: Pegawai boleh memohon pada tahun berikutnya (2027) selepas memperoleh markah penilaian prestasi tahun semasa (2026) di jabatan terkini dan berdasarkan syarat yang ditetapkan.

Situasi 2: Pegawai boleh memohon pada tahun 2028 selepas memperoleh markah penilaian prestasi tahun berikutnya (2027) di jabatan terkini dan berdasarkan syarat yang ditetapkan.

Pegawai layak dipertimbangkan oleh PPSM kerana telah memenuhi syarat dan telah membuat permohonan dalam tempoh hebahan. Tempoh pembayaran adalah sehingga sehari sebelum tarikh kuat kuasa bersara pilihan.
Pegawai layak dipertimbangkan oleh PPSM kerana telah memenuhi syarat dan telah membuat permohonan dalam tempoh hebahan. Tempoh pembayaran adalah sehingga sehari sebelum tarikh kuat kuasa pemangkuan pegawai.
Tempoh perkhidmatan 6 tahun diambil kira dari tarikh kenaikan pangkat ke gred 36 atau gred 38.

Baca juga:
Berita Terkini
Berita Terbaru
Daftar Terbaru
News
Jasa Impor China
Berita Terbaru
Flash News
RuangJP
Pemilu
Berita Terkini
Prediksi Bola
Technology
Otomotif
Berita Terbaru
Teknologi
Berita terkini
Berita Pemilu
Berita Teknologi
Hiburan
master Slote
Berita Terkini
Pendidikan
Resep
Jasa Backlink
Slot gacor terpercaya
Anime Batch