Guru CoS (Contract of Service)
5 mins read

Guru CoS (Contract of Service)

Pengambilan Guru CoS (Contract of Service) myPDPP bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 kini dibuka untuk ambilan tahun 2026 bermula 2 Mac 2026 sehingga 20 Mac 2026.

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa graduan (Bukan Pendidikan) yang berkelayakan untuk memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS) di Sekolah Rendah melalui portal rasmi myPDPP:

Untuk mengetahui cara mohon Guru CoS 2026, syarat kelayakan Gred DG9 dan maklumat gaji, panduan ini menyediakan maklumat lengkap berdasarkan hebahan rasmi kerajaan.

Maklumat Rasmi Pengambilan Guru CoS (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9) 2026

Berikut adalah ringkasan penting untuk mereka yang ingin memohon Guru CoS myPDPP:

  • Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9
  • Status Pelantikan: Kontrak (Contract of Service – CoS)
  • Gaji: Bermula RM2,360
  • Terbuka untuk: Graduan BUKAN Pendidikan
  • Bilangan Pengambilan: 20,000 Kekosongan (Sekolah Rendah)
  • Pautan Rasmi Hebahan: Portal Rasmi myPDPP – Pengambilan DG9 2026

Apa itu Guru CoS (MyPDPP)?

Guru CoS (Contract of Service) MyPDPP adalah pengambilan khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Graduan Ijazah Bukan Pendidikan untuk berkhidmat sebagai pendidik secara kontrak.

Program ini merupakan laluan utama bagi individu tanpa latar belakang ijazah perguruan untuk mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah rendah, dengan sasaran besar sebanyak 20,000 kuota jawatan bagi tahun 2026.

Syarat Wajib

Bagi memastikan kualiti pendidikan terjaga, setiap calon yang berjaya dalam pengambilan Guru CoS 2026 wajib mematuhi struktur program berikut:

  • Calon wajib mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) selama satu tahun (3 semester) di Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Mod Pengajian: Pembelajaran dijalankan secara hibrid.

Gaji & Elaun Guru CoS myPDPP

Bagi graduan bukan pendidikan yang berjaya dalam pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Contract of Service), berikut adalah anggaran pendapatan bulanan yang diterima sepanjang tempoh kontrak:

  • Gaji permulaan bermula sekitar RM2,360 sebulan.
  • Kenaikan tahunan ialah RM225.

Faedah Asas & Tambahan

Berikut faedah asas dan tambahan yang layak diterima calon Guru CoS DG9 myPDPP sahaja (kontrak 1 tahun, sekolah rendah).

  • Faedah asas: KWSP, SOCSO, cuti tahunan, cuti sakit, cuti bersalin
  • Rawatan Perubatan: Akses kepada rawatan di klinik dan hospital kerajaan bagi diri sendiri.

NOTA: Yuran PDPP bayar sendiri (tiada elaun/subsidi latihan).

3. Peluang Kenaikan Pangkat

Selepas tempoh kontrak 1 tahun dan lulus PDPP, Guru CoS yang berjaya memenuhi syarat dan prestasi berpeluang dilantik ke Kontrak Interim, dan seterusnya berpeluang untuk lantikan tetap dalam perkhidmatan pendidikan.

Hebahan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS)

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa graduan (Bukan Pendidikan) yang berkelayakan untuk memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS) di Sekolah Rendah.

Tarikh permohonan akan di buka pada: 2 Mac 2026 sehingga 20 Mac 2026.

 Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di:  atau Imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

Syarat Utama:

  • Warganegara Malaysia
  • Kepujian Bahasa Melayu SPM/SVM
  • Graduan bukan bidang pendidikan

Makluman Penting:

  • Hanya calon layak akan dipanggil UKCG & temu duga.
  • Calon berjaya WAJIB mengikuti latihan perguruan di IPG (pembiayaan sendiri) dalam tempoh kontrak.

Pautan Rasmi untuk Permohonan: Pengambilan Guru CoS (PPP Gred DG9 Tahun 2026 – myPDPP)

guru CoS

Syarat Kelayakan Gred DG9 (Guru CoS myPDPP)

Permohonan Guru Cos myPDPP dibuka 2-20 Mac 2026 melalui portal rasmi myPDPP untuk 20,000 jawatan DG9 sekolah rendah.

Berikut adalah senarai lengkap syarat kelayakan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 2026:

1. Kelayakan Asas & Akademik

  • Status Pendidikan: Terbuka khusus untuk Graduan BUKAN Pendidikan.
  • Warganegara: Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Keputusan SPM/SVM: Wajib memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan).
  • Ijazah Sarjana Muda: Memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda daripada universiti awam atau swasta yang diiktiraf oleh kerajaan dengan PNGK (CGPA) minimum 2.50.

2. Kriteria Fizikal & Kesihatan (Mandatori)

KPM menetapkan piawaian fizikal yang ketat bagi calon guru untuk memastikan kesiagaan menjalankan tugas:

  • Indeks Jisim Tubuh (BMI): Mestilah dalam julat antara 18.5 hingga 32.5. Calon dengan BMI melebihi 32.5 tidak layak memohon.
  • Had Umur: Calon mestilah berumur di bawah 40 tahun pada tarikh permohonan.
  • Kesihatan: Bebas daripada sebarang penyakit kronik, kecacatan pancaidera, atau masalah mental yang boleh menjejaskan tugas pengajaran.

Graduan Tidak Layak Memohon Guru CoS 2026

Graduan dalam kategori berikut tidak layak memohon:

  1. Graduan Pendidikan termasuk individu yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)
  2. Guru Lantikan Kontrak Interim (LKI)
  3. Guru kontrak (Lantikan SPP)
  4. Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan awam
  5. Seorang bankrap dan belum dilepaskan

Syarat Perkhidmatan & Latihan (PDPP)

Calon yang terpilih sebagai Guru CoS Gred DG9 terikat dengan syarat perkhidmatan berikut:

  • Calon WAJIB mengikuti latihan perguruan iaitu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG yang ditetapkan.
  • Pengajian berlangsung selama satu tahun (3 semester).
  • Kos yuran pengajian PDPP adalah di bawah pembiayaan sendiri oleh calon (bukan tajaan kerajaan).
  • Layak ditempatkan di Sekolah Rendah di bawah seliaan KPM.

Panduan Permohonan Guru CoS MyPDPP 2026

Bagaimana cara memohon Guru CoS 2026 untuk graduan BUKAN Pendidikan?

Untuk memohon, sila rujuk langkah-langkah permohonan berikut:

Cara Mohon Guru CoS MyPDPP (02 – 20 Mac 2026)

  1. Layari Portal Rasmi myPDPP di pautan berikut: /
  2. Daftar Permohonan Baharu. Klik daftar akaun, isi maklumat peribadi asas.​
  3. Log Masuk Permohonan. Gunakan MyID/kata laluan yang didaftar.​
  4. Semak Kelayakan (PNGK ≥2.50, BMI ≤32.5, umur <40).​
  5. Permohonan. Lengkapkan data akademik, kokurikulum, pilih bidang kritikal.​
  6. Pengesahan Permohonan. Semak keseluruhan borang sebelum hantar.​
  7. Pengesahan e-UKCG. Sahkan ujian kompetensi online (30 Mac-8 Apr).​
  8. Tamat/Log Keluar. Simpan rekod, pantau status portal/email.

Dokumen Wajib (Muat Naik Google Drive)

Pemohon DIWAJIBKAN untuk mengemukakan salinan dokumen sokongan secara digital.

Anda perlu memuat naik semua dokumen sokongan (Ijazah, Transkrip, SPM, dll.) ke dalam satu folder di Google Drive anda sendiri.

Pastikan tetapan folder Google Drive tersebut adalah ‘Anyone with the link’ (Sesiapa sahaja yang mempunyai pautan boleh melihat) agar pihak penilai dapat mengakses dokumen anda.

Masukkan pautan (URL) Google Drive tersebut ke dalam ruangan khas berlabel ‘PERMOHONAN KURSUS’ di dalam sistem MyPDPP.

AMARAN PENTING: Kegagalan mengemukakan salinan dokumen melalui pautan Google Drive yang berfungsi akan menyebabkan permohonan anda TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN.

Jadi, apakah dokumen yang perlu dimuat naik ke Google Drive?

Secara umumnya, anda perlu menyediakan imbasan (scan) dokumen asli seperti:

  • IC (muka belakang/depan).
  • Sijil Kelahiran.
  • Sijil SPM/SVM (Kepujian Bahasa Melayu).
  • Transkrip/ijazah MQA.
  • dan sebagainya.

Kegagalan muat naik = permohonan ditolak automatik.

NOTA: Saringan kesihatan perlu dimuatnaik pada pautan yang ditetapkan sebelum 30 Mei 2026

Prosedur Saringan Calon Guru CoS myPDPP

Selepas permohonan ditutup, calon yang disenarai pendek perlu melalui beberapa fasa saringan sebelum dilantik secara kontrak (CoS):

  • Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG): Calon wajib menduduki ujian ini untuk menilai kualiti sahsiah, personaliti, dan kecenderungan profesional sebagai pendidik.
  • Sesi Temu Duga: Hanya calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga secara bersemuka atau dalam talian bagi menilai kemahiran komunikasi dan penguasaan subjek.
  • Latihan PDPP di IPG: Calon yang berjaya wajib mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) selama satu tahun (3 semester) dengan pembiayaan sendiri.

UKCG & Temuduga Guru CoS myPDPP 2026

Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan asas dan berjaya melakukan pengesahan permohonan akan dipanggil untuk menduduki fasa saringan ini.

Fasa ini bertujuan untuk menapis calon yang mempunyai nilai sahsiah dan potensi kepimpinan yang tinggi untuk ditempatkan di sekolah rendah KPM.

1. Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)

Tarikh: 30 Mac – 8 April 2026

  • Format: Ujian dilakukan secara dalam talian (e-UKCG).
  • Tujuan: Menguji kesediaan mental, sahsiah, personaliti, dan minat calon terhadap kerjaya keguruan.
  • Komponen: Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang perlu dijawab dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Syarat Lulus: Calon WAJIB LULUS UKCG untuk disenarai pendek ke fasa temuduga.

2. Sesi Temuduga

  • Semakan Panggilan Temuduga: 22 April 2026
  • Temuduga: 27 April – 22 Mei 2026

Calon yang lulus UKCG akan dipanggil ke pusat temuduga (IPG terpilih) untuk penilaian berikut:

  • Demonstrasi Mengajar (VMC): Calon perlu menunjukkan kemahiran mengajar di hadapan panel penilai.
  • Temuduga Lisan: Soalan merangkumi isu pendidikan semasa, pengetahuan subjek, dan dasar-dasar KPM.
  • Semakan Dokumen & BMI: Pihak urus setia akan menyemak semula dokumen asal dan mengesahkan berat serta tinggi (BMI bawah 32.5) secara bersemuka

Tarikh Penting Permohonan Guru CoS myPDPP

Berikut adalah jadual lengkap Garis Masa & Tarikh Penting Pengambilan Guru CoS MyPDPP Gred DG9:

Perkara Tarikh Penting Catatan Utama
Permohonan Dalam Talian Dibuka 2 Mac 2026 Permohonan bermula melalui portal myPDPP​
Tarikh Tutup Permohonan 20 Mac 2026 (11.59 Malam)
Pelaksanaan e-UKCG 30 Mac – 8 Apr 2026 Ujian Kelayakan Calon Guru dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.​
Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga 22 Apr 2026 Calon yang lulus e-UKCG boleh menyemak tarikh dan pusat temu duga.
Pelaksanaan Sesi Temu Duga 27 Apr – 22 Mei 2026 Melibatkan sesi temu duga lisan dan ujian kecergasan fizikal.​
Semakan Keputusan Permohonan Berjaya 30 Jun 2026 Semakan keputusan akhir bagi calon yang ditawarkan jawatan Guru CoS.​
Tarikh Penempatan Sekolah Januari 2027 Calon mula melapor diri di sekolah rendah yang ditetapkan oleh KPM.​
GURU COSGURU COS

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan Guru CoS 2026 (myPDPP) bagi Graduan BUKAN Pendidikan, sila rujuk:

  1. Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  2. Portal rasmi /
  3. Facebook Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek
  4. Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia KPM

Iklan Pengambilan Guru Gred DG9 (CoS)

Soalan Lazim Pengambilan Guru CoS myPDPP

maksud guru cosmaksud guru cos
maksud guru cosmaksud guru cos
maksud guru cosmaksud guru cos
maksud guru cosmaksud guru cos
maksud guru cosmaksud guru cos
Siapa yang layak memohon jawatan Guru CoS myPDPP 2026?

Jawatan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang merupakan Graduan BUKAN Pendidikan.

Bilakah tarikh akhir permohonan guru CoS untuk ambilan ini?

Tarikh tutup rasmi adalah pada 20 Mac 2026.

Apakah status pelantikan bagi Gred DG9 ini?

Pelantikan adalah secara Contract of Service (CoS) atau kontrak perkhidmatan.

Berapakah gaji diterima?

Gaji permulaan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 ialah RM2,360.00.

Apa perbezaan antara CoS dan Kontrak (Interim)?

– CoS (Contract of Service): Lantikan sementara, biasanya untuk graduan yang belum memenuhi semua syarat CEFR atau pengalaman.
– Kontrak (Interim): Lantikan yang lebih stabil selepas graduan CoS berjaya memenuhi syarat dan penilaian, termasuk CEFR C1 bagi calon BI/TESL.

Bagaimanakah cara pengajian PDPP dijalankan?

Latihan perguruan dijalankan selama satu tahun (3 semester) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Pengajian adalah secara pembiayaan sendiri oleh calon dan dilakukan secara hibrid (gabungan kuliah bersemuka dan dalam talian) dalam tempoh kontrak.

Apakah yang dimaksudkan dengan pautan Google Drive dalam permohonan?

Pemohon diwajibkan memuat naik salinan dokumen (Ijazah, Transkrip, SPM) ke folder Google Drive sendiri. Pautan (link) folder tersebut mestilah diletakkan pada ruangan ‘PERMOHONAN KURSUS’ di portal MyPDPP dan ditetapkan kepada akses umum (Anyone with the link).

Adakah graduan pendidikan boleh mohon pengambilan khas Guru CoS myPDPP?

Tidak. Permohonan adalah untuk Graduan Bukan Pendidikan sahaja.

BACA JUGA:

Berita Terkini

Berita Terbaru

Daftar Terbaru

News

Jasa Impor China

Berita Terbaru

Flash News

RuangJP

Pemilu

Berita Terkini

Prediksi Bola

Technology

Otomotif

Berita Terbaru

Teknologi

Berita terkini

Berita Pemilu

Berita Teknologi

Hiburan

master Slote

Berita Terkini

Pendidikan

Resep

Jasa Backlink

Slot gacor terpercaya

Anime Batch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *