ePenawaran KPM 2025 – Permohonan, Syarat, & Semakan Keputusan
18 mins read

ePenawaran KPM 2025 – Permohonan, Syarat, & Semakan Keputusan


Keputusan Panggilan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan Tahun 2025 boleh disemak melalui portal rasmi ePenawaran melalui pautan

Hadiah Latihan persekutuan adalah merupakan kemudahan cuti sambung belajar yang meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

Tahukah anda apakah itu Hadiah Latihan Persekutuan atau HLP KPM ini dan bilakah tarikh keputusannya diumumkan?

Berikut dikongsikan info lanjut untuk makluman bersama.

ePenawaran KPM 2025

ePenawaran KPM adalah portal rasmi yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menguruskan permohonan, semakan, dan pengurusan tawaran program biasiswa dan cuti belajar bergaji penuh atau separuh masa bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Antara fungsi utama ePenawaran KPM 2025 ialah:

  • Memudahkan permohonan bagi program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB), Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) dan program tajaan lain yang disediakan oleh KPM.
  • Membolehkan pegawai memohon cuti belajar bergaji penuh dengan atau tanpa biasiswa, serta cuti belajar separuh masa tanpa perlu hadir ke pejabat secara fizikal.
  • Menyediakan sistem semakan keputusan panggilan temuduga program biasiswa dan cuti belajar yang boleh diakses 24 jam dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  • Memudahkan pengesahan permohonan oleh ketua jabatan (contohnya Pengetua atau Guru Besar) secara digital bagi membolehkan proses kelulusan berjalan lancar.
  • Menyediakan maklumat lengkap tentang syarat permohonan, senarai bidang pengajian, panduan penulisan proposal temuduga, dan skema permarkahan temuduga dalam satu platform yang terurus.
  • Menghubungkan pegawai dengan saluran bantuan teknikal dan pertanyaan rasmi bagi memudahkan penyelesaian masalah permohonan atau semakan.

Secara ringkas, ePenawaran KPM 2025 bertindak sebagai pusat sehenti untuk proses permohonan, pengurusan, dan semakan program biasiswa dan cuti belajar bagi pegawai KPM, sangat memudahkan urusan serta memastikan ketelusan dan efisiensi dalam pengurusan tajaan pendidikan.

BACA JUGA: SPLKPM – Login Sistem Pengurusan Latihan (splkpm.moe.gov.my)

Apakah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP KPM 2025)?

Secara ringkasnya, ia adalah biasiswa sambung belajar bagi peringkat Sarjana dan PhD untuk gred 41 dan ke atas.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.

Pemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh KPM

Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.

Bagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.

TERKINI: Permohonan HLP KPM 2025

[PEMAKLUMAN] HEBAHAN PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BAGI AMBILAN TAHUN 2025

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi akan dibuka mulai 18 September 2025 (Khamis) 10.00 pagi sehingga 18 Oktober 2025 (Sabtu), 11.59 malam.

Setelah tamat tempoh permohonan, calon yang layak akan melalui proses saringan dan temu duga dan keputusan panggilan temu duga akan diumumkan kemudian melalui portal rasmi ePenawaran di  laman biasiswa KPT.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui:

Maklumat lanjut boleh dirujuk di pautan

hlp hadiah latihan persekutuan 2025
Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi KPM

BACA JUGA: School Holiday 2026 Malaysia : Public Holidays & KPM Calendar

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat terperinci yang perlu dipenuhi oleh calon untuk memohon program HLP 2025:

Status Pegawai

  • Calon mesti merupakan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT), gred 41 dan ke atas.
  • Sudah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan.
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.

Umur

  • Tidak lebih dari 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana (Master).
  • Tidak lebih dari 45 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D).
  • Umur dikira pada 1 Januari 2025.

Kelayakan Akademik

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf bagi pengajian Sarjana.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana yang baik (CGPA minimum 2.5) bagi pengajian Ph.D.
  • Belum memiliki kelayakan lanjutan di peringkat yang sama (Sarjana atau Ph.D) tanpa mengira bidang.

Prestasi Kerja

  • Mencapai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas bagi tiga tahun berturut-turut terkini (2021, 2022, 2023).
  • Penilaian bagi setiap tahun mesti lengkap (genap 12 bulan).

Kursus Berkaitan

  • Kursus yang dipohon mestilah berkaitan dengan tugas dan bidang pengajian sarjana muda yang diikuti.
  • Mematuhi syarat tempoh tamat mengikuti kursus sebelum ini (jika ada).

Lain-lain

  • Pegawai belum mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara, atau belum memulakan pengajian bagi sesi 2025/2026.
  • Pegawai mestilah bebas daripada penyakit kronik dan tiada pertuduhan tatatertib atau kes mahkamah yang belum selesai.
  • Wajib menghadiri Kursus Persediaan HLP anjuran KPT sebelum memulakan pengajian.
  • Menyediakan dan memuat naik kertas cadangan pengajian (proposal) yang lengkap dan mengikut format yang ditetapkan.

Syarat Tambahan bagi Pengajian Luar Negara

  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang mencukupi (contohnya TOEFL 600) atau kelayakan bahasa lain yang diiktiraf.

Kelayakan Khusus

  • Syarat lain seperti lesen memandu atau kelayakan tambahan jika perlu bagi bidang pengajian tertentu.

Permohonan dibuka secara atas talian menerusi portal rasmi  mulai 18 September hingga 18 Oktober 2025.

Calon digalakkan membaca syarat penuh dan panduan permohonan sebelum memohon untuk memastikan kesesuaian.

Bidang Ditawarkan 2025

Bidang ditawarkan untuk Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi tahun 2025 adalah berdasarkan keperluan semasa yang telah diunjurkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya Kementerian Pendidikan Tinggi serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Program ini menawarkan penajaan pendidikan untuk Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) mengikuti pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa pada peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D).

Senarai penuh bidang berserta kategori pengajian (Sarjana sepenuh masa, Ph.D sepenuh masa, Sarjana separuh masa, Ph.D separuh masa) boleh didapati dalam dokumen rasmi yang disediakan oleh KPM di portal ePenawaran dan laman biasiswa rasmi KPT.

Atau, muat turun PDF di bawah:

Pemohon yang berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) atau Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) bakal mengikuti pengajian secara sepenuh masa di universiti awam di dalam atau di luar negara, manakala bagi pemohon Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS), pemohon akan mengikuti pengajian secara separuh masa/sambilan di universiti awam dalam negara mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.

Kelebihan Cuti Belajar / Program Penajaan KPM

Antara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:

  1. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
  2. Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
  3. Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];
  4. Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan
  5. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).

Sila rujuk infografik di bawah untuk info lebih lanjut serta kelebihan setiap program yang ditawarkan.

ePenawaran KPM 2025

ePenawaran KPM 2025
Kemudahan Cuti Belajar/Program Penajaan KPM

Perbezaan HLP, CBBP TB dan HLPS

Aspek HLP CBBP TB HLPS
Mod Pengajian Sepenuh masa Sepenuh masa Separuh masa / sambilan
Cuti Belajar Diberikan Diberikan Tidak diberikan
Gaji Diterima semasa cuti belajar Diterima semasa cuti belajar Tiada gaji dibayar
Yuran/Biasiswa Ditanggung/Kemudahan biasiswa Sendiri membiayai yuran universiti Penajaan yuran pengajian, elaun buku dan elaun tesis disediakan
Pengajian Di Universiti awam dalam atau luar negara Universiti awam dalam atau luar negara Universiti awam dalam negara sahaja
Ikatan Perkhidmatan Ada ikatan selepas tamat pengajian Ada ikatan selepas tamat pengajian Ada ikatan selepas tamat pengajian
Kelayakan Permohonan Kursus jangka panjang (Sarjana atau Kedoktoran) Kursus jangka panjang (Sarjana atau Kedoktoran) Pengajian separuh masa di Sarjana atau Kedoktoran

Cara Permohonan & Semakan di Portal ePenawaran KPM

Calon – calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka).

Rujuk cara-caranya dengan lebih terperinci di bawah:

  1. Layari laman web rasmi: 
  2. Klik tab “PERMOHONAN BARU” untuk mendaftar akaun baru.
  3. Isi Nombor Kad Pengenalan dan cipta kata laluan (8-12 aksara).
  4. Pastikan maklumat yang dimasukkan betul kerana tidak boleh diubah selepas pendaftaran.
  5. Log masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Isi butiran lengkap termasuk maklumat peribadi, akademik, dan pilihan program biasiswa/tajaan seperti ISMP, HLP, CBBP TB, HLPS.
  7. Muat naik dokumen yang diperlukan secara digital (hardcopy tidak perlu dihantar).
  8. Lengkapkan perakuan (tanda ✓) sebelum tekan butang “HANTAR”.
  9. Permohonan akan disemak oleh ketua jabatan (Pengetua/Guru Besar) sebagai pengesahan bagi membolehkan permohonan diproses lebih lanjut.

Untuk semakan keputusan pula:

  1. Layari portal yang sama: 
  2. Klik pada bahagian semakan keputusan temuduga.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan akaun anda.
  4. Status panggilan temuduga dan keputusan akan dipaparkan secara online.
  5. Semakan boleh dilakukan bila-bila masa 24 jam sehari, mudah dan pantas tanpa perlu hadir fizikal.
ePenawaran KPMePenawaran KPM
Semakan Keputusan Permohonan HLP, CBB TB, HLPS 2025

Tips Memohon HLP KPM

Di sini kami paparkan juga beberapa tips berguna oleh Cikgu Faizal yang telah berkongsikan pengalaman beliau yang berjaya ditawarkan HLP KPM 2021.

ALHAMDULILLAH, SAYA BERJAYA DITAWARKAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA PhD HLP KPM TAHUN 2021

Saya kongsikan 8 tips kepada rakan2 yang berniat sambung PhD supaya rakan2 yang mohon pun berjaya lulus temuduga dengan cara penulisan proposal yg betul dan juga menjimatkan masa.

Sebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada Dr.Othman Talib, Dr.Nurul Fadly, Kak Juliana Janjang pelajar PhD UKM (HLP KPM), Muhammad Adnan pelajar Phd UPM dan Taufek Harun pelajar Master UPSI (HLP KPM) & isteri (Nadz) kerana banyak berkongsi petua yang berguna dan berkesan.

Sesungguhnya Allah memberkati usaha baik kalian dan semoga dimurahkan rezeki.

Tip 1

Selepas memohon dilaman web epenawaran, sila pastikan ketua jabatan (Pengetua atau Guru Besar) buah pengesahan di laman epenawaran jika tiada username & password boleh hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan BBP KPM. Mereka kena contact sendiri.

* Ini sangat penting, kerana kelulusan merekalah yg menentukan anda berjaya dipanggil temuduga if not sampai pencen pun tak panggil. Selain cukup syarat-syarat minimum untuk mohon.

Tip 2

Persediaan awal Penulisan Proposal dengan SMART, maksud saya smart disini belajar daripada orang yang TEPAT dalam bidang Penyelidikan berkaitan.

Contohnya cara mengguna reference manager seperti Mendeley, Tamplate Zero Draft of Thesis (ZDOT) dari Dr.OT, cara menulis proposal Dr.Nurul Fadly yang mana anda boleh follow channel diorang di youtube banyak perkara yang anda akan tahu.

Tip 3

Persiapan rapi, dibawah post ini saya sertakan LINK untuk rakan2 DOWNLOAD Contoh Proposal yang dan juga Skema Permarkahan Temuduga HLP. Biar sama2 berjaya.

Tip 4

Jika masih tak dapat idea, boleh join bengkel Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS) kelas setiap hujung minggu yang dikendali oleh Dr.Shuhairy Norhisham.

Ada macam-macam bengkel hands-on di ajar oleh pensyarah2 prolifik cara nak cari tajuk kajian, permasalahan kajian atau GAP, pendedahan kepada cara menulis artikel berimpak tinggi dengan bantuan teknik dan perisian2 terbaru seperti Atlas ti. Versi 9.0, ref and write, perolehan artikel menerusi laman web scihub, status level artikel scimago.

Selepas join bengkel ni, saya terus berubah dan dapat idea framework proposal yg sistematik. Dari bengkel ini saya kenal insan2 hebat dalam dunia scholars yang mindset diorang memang lain sgt jujur dan membantu seperti Dr.Hayrol a.k.a pengawas postgraduate seorang yang santai berkata2 yang penuh jenaka tapi deep pakar dalam SLR dan penulisan jurnal berimpak tinggi. Sila follow FB beliau Hayrol Azril Hayrol. (Kereta Mahal boleh bayar,untuk dapat ILMU & KESIHATAN jangan KEDEKUT)

Tip 5

Berjumpa dengan bakal supervisor sama ada by appointment or call dulu, email dulu, jika DEKAN sediakan dulu proposal boleh serahkan pada PA, jangan malu2 atau takut2 kerana rata2 mereka professional dan akan balas email anda balik, sentiasa tanamkan dalam fikiran semua orang bermula dari kosong tapi cara berfikir yang berbeza (orang positif akan berjaya orang negatif mudah dapat penyakit, orang yang neutral akan bishe2 sahaja).

Minta pendapat mereka apakah tajuk yang sesuai untuk dilakukan oleh kerana mereka mmg sudah lama dalam bidang kajian dan sentiasa up to date.

Tip 6

Tambahkan kompetensi diri melalui kajian tindakan untuk manfaat murid dan organisasi, berlatih menulis seperti buku, jurnal EPRD KPM setiap tahun akan dibuka.

Jangan sesekali keluarkan perkataan negatif dari mulut kerana itulah yang anda akan jadi (The Power of Doa)

Tip 7

Jangan pernah berputus asa dan sentiasa mencuba walau pun banyak kali gagal saya ambil pepatah jepun petikan buku Dr.Shuhairy Norhisham”JINSEI IRO IRO HITO SORE ZORE” iaitu “Nana korobi ya oki” jatuh 7 kali bangkit 8 kali.

Tip 8

Sentiasa berdoa selepas solat kerana Allah suka mendengar doa hambanya. Kalau takde rezeki perbaiki kelemahan yg ada kadang2 orang lain Nampak kesalahan yang kita anggap benda tu tak salah tanya pandangan rakan2 yg dah memperoleh HLP yg lain. Pasti ada jalannya. Okeh

Klik pautan di bawah untuk download:

Tips Extra

– Sedia 5 Slides sahaja masa pembentangan 40 minit sharp.

– 40 Minit Present dihadapan 3 Panel( Pensyarah Universiti Awam, Pensyarah IPG, Pegawai Dari Kementerian Sendiri) gunakan gelaran Dr. Pada panel.

– Pada tahun 2021, seramai 530 orang berjaya ditawarkan HLP/HLPS/CBBPTB dari 3538 permohonan, 1893 lulus perakuan Ketua Jabatan, selepas saringan BBP 1505 dipanggil temuduga, – untuk makluman HLP 400 orang HLPS 86 CBBPTB 44. 5 orang pengajian luar negara.

– Interview suluruh Malaysia terdiri warga pendidik pelbagai peringkat organisasi (orang KPM, PPD, IPG, Matrik, KV dan sekolah SM & SK) diberikan HLP master & PhD berjaya Interview sama ada HLP/HLPS/CBBPTB(Rayuan), 

– Setiap pusat temuduga (IPG/Cyberjaya) anggaran 250 org dipanggil dan ada 6 pusat temuduga mengikut zon (Utara IPGSAH, Tengah (Cyberjaya), Selatan, Timur(IPG), Sabah(SPP) ,Sarawak).

– Sesi Interview 6 orang pagi 8.00-1.00 tgh & 4 orang 2.30-4.30 petang selama 5 hari. Isnin – Jumaat. KPM mempunyai hampir 1200 pelajar pascaperkhidmatan dibawah HLP bagi 3 tahun (2019,2020,2021) dari jumlah ini 1 orang sahaja sambung di luar negara.

– Bagi master secara berkumpulan 3 orang manakala Phd 1 orang bentang sharp 40 minit 5 slides termasuk memperkenalkan diri. Ada 5 bilik temuduga.

Sumber: Facebook Faizal Nasir

Semakan Keputusan Permohonan & Temuduga

Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia biasanya boleh disemak melalui pautan sekitar bulan Jun tahun depan nanti.

Info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh Penting Permohonan HLP 2025

Perkara Tarikh Catatan
Tarikh buka permohonan 18 September 2025, 10:00 pagi Permohonan dibuka secara dalam talian melalui 
Tarikh tutup permohonan 18 Oktober 2025, 11:59 malam
Temu duga calon berjaya Dijangka April 2026 Hanya bagi calon yang lulus saringan awal
Keputusan panggilan temu duga Dijangka Jun 2026 Keputusan diumumkan melalui portal ePenawaran

Maklumat Lanjut Tentang HLP KPM 2025

Maklumat lanjut tentang syarat permohonan HLP KPM 2025, kursus yang ditawarkan dan butiran lain akan dikemaskini setelah surat edaran rasmi dimuat naik di laman web rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Anda juga boleh menghubungi:

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
SELANGOR
E-mel : [email protected]

Sebarang Pertanyaan / Cadangan berkenaan biasiswa KPM boleh dikemukakan kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia melalui e-mel [email protected]

Atau layari,

Untuk masalah teknikal borang permohonan, sila hubungi: [email protected] [mohon dikemukakan bersama-sama e-mel tangkap layar (screenshot) masalah teknikal permohonan yang dihadapi].

Selamat berjaya!

Soalan Lazim ePenawaran 2025

Siapa yang layak memohon HLP KPM?

Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan SPP yang ketua jabatan mereka memberi kelulusan dan memenuhi syarat kelayakan akademik serta baki tempoh perkhidmatan.

Bagaimana cara memohon?

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal  dengan login menggunakan ID pengguna dan kata laluan.

Bolehkah saya membuat permohonan tanpa kelulusan ketua jabatan?

Tidak, permohonan hendaklah disahkan/ disokong oleh ketua jabatan terlebih dahulu sebelum diproses.

Bagaimana cara menyemak status permohonan dan keputusan temuduga?

Semakan boleh dibuat secara atas talian di portal ePenawaran menggunakan ID pengguna dan kata laluan.

Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan?

Terdapat fungsi ‘reset password’ di portal ePenawaran untuk mendapatkan kata laluan baharu melalui emel rasmi.

Bolehkah permohonan yang sudah dihantar dibatalkan atau disunting?

Permohonan yang telah dihantar tidak boleh disunting, oleh itu pastikan maklumat betul sebelum menghantar.

Apakah itu e-UKCG dan UKF?

e-UKCG adalah ujian dalam talian untuk saringan calon manakala UKF (Ujian Kecergasan Fizikal) adalah ujian fizikal bagi menilai kesihatan calon

Bolehkah saya menukar tarikh atau tempat ujian?

Tidak, tarikh dan tempat ujian yang ditetapkan adalah muktamad dan tidak boleh diubah.

Apa itu Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)?

HLP adalah insentif kerajaan untuk pegawai perkhidmatan pendidikan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (Ph.D) bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran.

Siapa yang layak memohon HLP?

Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat kelayakan akademik dan perkhidmatan.

Bilakah permohonan dibuka?

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi akan dibuka mulai 18 September 2025 (Khamis) 10.00 pagi sehingga 18 Oktober 2025 (Sabtu), 11.59 malam.

Apakah syarat utama kelayakan?

Calon mesti mempunyai pengalaman berkhidmat yang mencukupi, CGPA minimum yang ditetapkan, dan tiada masalah disiplin.

Bagaimana status permohonan boleh disemak?

Status semakan boleh dibuat secara online di portal ePenawaran dengan menggunakan ID dan kata laluan.

Bolehkah memohon tempat pengajian di Universiti selepas mendapat tawaran HLP?

Boleh. Calon-calon masih boleh mendapatkan tempat pengajian semasa dalam tempoh sah tawaran sementara.

Sekiranya telah ditawarkan HLP, bolehkah bidang pengajian ditukar?

TIDAK DIBENARKAN. Penentuan bidang pengajian adalah berdasarkan keperluan KPM.  

News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door

Originally posted 2025-09-29 07:08:46.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *