Permohonan Tingkatan 1 dan 4 ke Sekolah Khusus
11 mins read

Permohonan Tingkatan 1 dan 4 ke Sekolah Khusus


Permohonan Ujian Pentaksiran ke Sekolah Khusus (PKSK) sesi 2026/2027 kini telah dibuka bermula 1 Ogos 2025 sehingga 7 September 2025. 

Permohonan PKSK sesi 2026/2027 boleh dilakukan melalui pautan (Tingkatan 1) dan (Tingkatan 4) untuk murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM).

Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM boleh membuat permohonan melalui pautan berikut:

Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke sekolah khusus seperti  seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan MRSM, permohonan menduduki Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah WAJIB.

Permohonan Sekolah Khusus (1 Ogos-7 September 2025) – Tingkatan 1
Permohonan Sekolah Khusus (1 Ogos-7 September 2025) – Tingkatan 1
Permohonan Sekolah Khusus (1 Ogos-7 September 2025) – Tingkatan 4Permohonan Sekolah Khusus (1 Ogos-7 September 2025) – Tingkatan 4
Permohonan Sekolah Khusus (1 Ogos-7 September 2025) – Tingkatan 4

Apa itu PKSK?

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu mekanisme penting yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menilai dan memilih pelajar yang layak memasuki sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Ujian ini adalah satu syarat utama yang wajib dipatuhi oleh semua calon yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di sekolah khas tersebut.

Tarikh-tarikh Penting PKSK 2026/2027
Tarikh-tarikh Penting PKSK 2026/2027
Tarikh-tarikh Penting PKSK 2026/2027

BACA JUGA: Semakan PKSK 2026/2027 & Tarikh Permohonan Dibuka

Format Ujian Penilaian Kemasukan Ke Sekolah Khusus ( PKSK ) Sesi 2026/2027

Ujian PKSK terdiri daripada tiga bahagian utama:

Bahagian Komponen Soalan/Format Peratus Markah Tempoh Catatan
A Kecerdasan Insaniah 30 soalan objektif 20% 90 minit EQ, SQ, SSQ; tiada jawapan betul/salah
B Kecerdasan Intelek 70 soalan objektif 70% 90 minit IQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah, Math/Sains (qualitatif & kuantitatif), Bahasa Inggeris (10 soalan)
C Artikulasi Penulisan 1 karangan (pilih daripada 3 tajuk) 10% 45 minit Karangan Bahasa Melayu: min 100 patah (T1), 250 patah (T4)

Bahagian A: Kecerdasan Insaniah

  • Untuk mengukur karakter dan keperibadian murid (emosi, spiritual, sosial).
  • Skop: EQ (Emotional Quotient), SQ (Spiritual Quotient), SSQ (Social Quotient).
  • Bentuk: 30 soalan objektif, tiada jawapan betul atau salah.
  • Sumbangan Markah: 20%.

Bahagian B: Kecerdasan Intelek

  • Mengukur tahap kognitif (IQ), pengetahuan am, serta kemahiran penyelesaian masalah dalam pelbagai subjek termasuk Matematik, Sains, Teknologi, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris.
  • Bentuk: 70 soalan objektif (pilihan berganda).
  • Bahasa Inggeris diuji menerusi 10 soalan khas.
  • Sumbangan markah 70%. Jawapan “betul” diberikan 1 markah, “salah” 0 markah.

Bahagian C: Artikulasi Penulisan

  • Calon memilih 1 daripada 3 tajuk yang diberikan untuk menghasilkan karangan Bahasa Melayu.
  • Minimum perkataan: 100 untuk Tingkatan 1, 250 untuk Tingkatan 4.
  • Tempoh: 45 minit.
  • Sumbangan markah 10%.
  • Fokus kepada idea, pendapat serta hujah calon.
Format PKSKFormat PKSK
Format PKSK

Cara PKSK Dilaksanakan

Ujian berfasa:

  • Fasa 1: Calon menjawab Bahagian C (karangan) secara bertulis di pusat pentaksiran.
  • Fasa 2: Calon menjawab Bahagian A & B secara dalam talian di pusat pentaksiran dengan tempoh lebih kurang 90 minit.

Jenis-jenis Sekolah

Jenis-jenis Sekolah Khusus yang wajib menduduki PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) sebagai syarat utama kemasukan ialah:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) (ambilan terbaru telah diselaraskan di bawah PKSK mulai sesi 2026/2027)

Pelajar yang memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di semua sekolah khusus ini diwajibkan menduduki PKSK sebagai syarat kemasukan rasmi yang utama.

Proses Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus PKSK

Proses Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus PKSKProses Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus PKSK
Proses Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus PKSK

Berikut ialah proses permohonan rasmi ke Sekolah Khusus KPM bagi sesi 2026/2027:

LANGKAH 1: PERMOHONAN ONLINE

Tempoh permohonan: 1 Ogos hingga 7 September 2025.

Permohonan boleh dilakukan melalui:

  1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
  1. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM:

Pemohon perlu sediakan:

  • Nombor MyKad/MyKid murid.
  • Nombor MyKad Penjaga Utama.
  • Pilihan sekolah khusus (SBP, SMKA, SMT, KV, MTD, MRSM).
  • Pilihan lokasi pusat ujian PKSK.

NOTA: Pastikan maklumat murid/penjaga dikemaskini dalam Modul Pengurusan Murid (APDM/MOEIS).

LANGKAH 2: SEMAKAN PUSAT UJIAN

Semak pusat ujian, tarikh, & masa:

  • Tingkatan 1: 12 September hingga 17 Oktober 2025
  • Tingkatan 4: 12 September hingga 3 Oktober 2025

LANGKAH 3: AMBIL UJIAN PKSK

Ujian PKSK meliputi:

  • Kecerdasan Insaniah (20%)
  • Kecerdasan Intelek (70%)
  • Penulisan Karangan (10%)

Tarik ujian PKSK:

  • Tingkatan 1: 6-17 Oktober 2025
  • Tingkatan 4: 22 September-3 Oktober 2025

LANGKAH 4: PROSES PENILAIAN

Markah PKSK akan dinilai secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan SBP, SMKA, KV, SMT, MTD, dan MRSM.

Tiada temuduga kelayakan untuk SBP/SMKA/KV/SMT/MTD/MRSM – pelantikan dan pemilihan hanya berdasarkan keputusan PKSK dan merit akademik.

LANGKAH 5: SEMAKAN TAWARAN

Semak keputusan penempatan boleh dilakukan mengikut maklumat di bawah:

  • Tarikh Keputusan Tawaran: 26 Disember 2025.
  • Portal semakan sama:

LANGKAH 6: RAYUAN (JIKA TAK BERJAYA)

  • Permohonan rayuan online: 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
  • Keputusan rayuan: 6 – 10 Februari 2026

LANGKAH 7: PENDAFTARAN SEKOLAH KHUSUS

  • Tarikh pendaftaran pelajar: 13 Januari 2026
  • Pendaftar di sekolah yang ditawarkan dan mula sesi baharu

Siapa Yang Wajib Ambil PKSK?

  • Murid Tahun 6 sesi semasa (iaitu, murid berumur 12 tahun pada tahun 2025) yang ingin memohon kemasukan ke Tingkatan 1 di Sekolah Khusus (SBP, SMKA, SMT, KV, MTD, MRSM) bagi tahun 2026.
  • Murid Tingkatan 3 sesi semasa (iaitu, murid berumur 15 tahun pada tahun 2025) yang ingin memohon kemasukan ke Tingkatan 4 di Sekolah Khusus yang sama bagi tahun 2026.

Syarat tambahan utama:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur calon mestilah murid Tahun 6 (12 tahun – PKSK T1) / Tingkatan 3 (15 tahun – PKSK T4) tahun semasa (2026)
  • Berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid KPM (APDM/MOEIS).

Jadi, hanya murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 sesi semasa yang memenuhi syarat ini, layak memohon dan perlu menduduki PKSK sebagai syarat utama kemasukan ke mana-mana Sekolah Khusus sesi 2026/2027.

Sekolah swasta yang TIADA Modul Pengurusan Murid boleh memohon MRSM melalui entry PKSK tersebut untuk PERMOHONAN Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Tarikh Penting PKSK 2026

Tingkatan 1 Tingkatan 4
Permohonan Online 1 Ogos – 7 September 2025 1 Ogos – 7 September 2025
Semakan Pusat Ujian 12 Sep – 17 Okt 2025 12 Sep – 3 Okt 2025
Ujian PKSK Dilaksanakan 6 – 17 Oktober 2025 22 Sep – 3 Oktober 2025
Semakan Keputusan Tawaran 26 Disember 2025 26 Disember 2025
Rayuan 26 Dis – 13 Jan 2026 26 Dis – 13 Jan 2026
Semakan Rayuan 6 – 10 Februari 2026 6 – 10 Februari 2026
Pendaftaran Sekolah 13 Januari 2026 13 Januari 2026
Garis Masa PKSK Tingkatan 1 2026
Garis Masa PKSK Tingkatan 1 2026
Garis Masa PKSK Tingkatan 1 2026
Garis Masa PKSK Tingkatan 4 2026Garis Masa PKSK Tingkatan 4 2026
Garis Masa PKSK Tingkatan 4 2026

Persediaan & Tips Penting PKSK

Berikut adalah beberapa tips penting untuk calon yang akan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sesi 2026/2027:

  1. Fahami Format Ujian: Ketahui tiga bahagian utama PKSK iaitu Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ), Kecerdasan Intelek (IQ dan pengetahuan akademik), serta Penulisan Karangan.
  1. Latih Diri dengan Contoh Soalan: Amalkan menjawab soalan objektif dan penulisan karangan. Ini membantu biasakan diri dengan jenis soalan dan masa yang diberikan.
  1. Bawa Dokumen Penting: Pastikan bawa MyKad/MyKid, slip menduduki PKSK, dan alat tulis yang diperlukan pada hari ujian.
  1. Patuhi Waktu Ujian: Hadir di pusat ujian tepat pada masa yang ditetapkan dan ikut arahan staf pusat ujian.
  1. Jaga Kesihatan: Pastikan cukup rehat dan makan sebelum hari ujian supaya fokus dan tenang semasa menjawab.
  1. Pakai Pakaian Sekolah Lengkap: Ikut kod pemakaian sekolah yang ditetapkan untuk kelancaran proses ujian.
  1. Tenang dan Fokus: Urus masa dengan baik ketika menjawab soalan, jangan terburu-buru dan baca soalan dengan teliti.
  1. Semak Maklumat Semasa: Sentiasa rujuk portal rasmi untuk sebarang perubahan atau maklumat terbaru berkaitan PKSK.
Jangan lupa cetak Slip Menduduki PKSK sebelum mengambil ujian

BACA JUGA: Contoh Karangan PKSK Tingkatan 1 dan 4 – Tips Berguna

Semakan Keputusan PKSK 2026/2027

Keputusan tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dijangka diumumkan pada 26 Disember 2025.

Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

  • Untuk Tingkatan 1:
  • Untuk Tingkatan 4:

Pada laman web ini, masukkan maklumat yang diperlukan untuk melihat keputusan tawaran.

Pastikan sentiasa menyemak portal rasmi KPM untuk sebarang kemaskini atau maklumat penting berkaitan semakan keputusan PKSK.

Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Rayuan PKSK 2026/2027

Tempoh Rayuan PKSK: 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026.

Cara Membuat Rayuan: 

Rayuan hanya boleh dibuat secara online melalui portal rasmi PKSK di:

Pemohon perlu log masuk menggunakan nombor MyKad/MyKid untuk mengemukakan rayuan.

Keputusan Rayuan:

Keputusan rayuan akan diumumkan antara 6 hingga 10 Februari 2026 melalui portal semakan yang sama.

Rayuan dibuka untuk mereka yang tidak tersenarai dalam tawaran kemasukan sekolah khusus hasil keputusan PKSK. Tiada rayuan secara manual atau bertulis, semua proses adalah atas talian sahaja.

Pastikan ibu bapa dan calon sentiasa memantau portal rasmi untuk maklumat terkini dan arahan lengkap berkenaan rayuan PKSK.

Contoh Soalan PKSK

Contoh soalan PKSK mengikut bahagian utama ujian adalah seperti berikut:

Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ) — 20%

Soalan menilai kecerdasan emosi, kerohanian, dan sosial calon. Tiada jawapan betul/salah, penilaian berdasarkan sikap dan nilai murni.

Contoh soalan:

  • “Apa langkah yang anda ambil untuk mengurus tekanan di sekolah?”
  • “Bagaimana anda menyelesaikan konflik dengan rakan sebaya?”
  • “Jika kamu dibuli di asrama, apa tindakan yang sesuai?”
  • “Apa yang perlu dilakukan apabila bertemu dengan penjaga asrama untuk kali pertama?”

Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah) — 70%

Soalan objektif berkaitan pelbagai subjek:

  • Matematik: “Jika harga sebuah buku RM12.50, berapakah kos membeli 8 buku?”
  • Sains: “Apakah unit asas tenaga dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI)?”
  • Bahasa Melayu: “Pilih ayat yang menggunakan kata adjektif dengan betul.”
  • Sejarah: “Siapakah tokoh bapa pembangunan Malaysia?”
  • Pengetahuan Am: “Apakah ibu negara Malaysia?”

Bahagian C: Artikulasi Penulisan — 10%

  • Calon menulis karangan dalam Bahasa Melayu berdasarkan salah satu tajuk yang diberikan.
  • Minimum 100 patah perkataan (Tingkatan 1) atau 250 patah perkataan (Tingkatan 4).
  • Contoh tajuk karangan termasuk “Peranan pelajar dalam menjaga kebersihan sekolah” atau “Ciri-ciri pemimpin yang disayangi”.

Calon digalakkan berlatih soalan-soalan ini bagi membiasakan diri dengan format dan jenis soalan PKSK. Latihan yang konsisten dapat membantu meningkatkan keyakinan dan prestasi semasa ujian. 

BACA JUGA: Contoh Soalan PKSK Beserta Jawapan – Bahagian A, B, C

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

ATAU

Hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

Soalan Lazim PKSK

1. Siapa yang wajib menduduki PKSK?

Murid Tahun 6 yang ingin masuk Tingkatan 1 dan murid Tingkatan 3 yang ingin masuk Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus seperti SBP, SMKA, KV, SMT, MTD, dan MRSM wajib menduduki PKSK.

2. Apakah format ujian PKSK?

PKSK mempunyai tiga bahagian:
– Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ) – 20%
– Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah) – 70%
– Bahagian C: Penulisan karangan Bahasa Melayu – 10%

3. Bagaimana cara membuat permohonan PKSK?

Permohonan dibuat secara online di portal rasmi KPM iaitu spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1) dan spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4).

4. Apakah tarikh penting PKSK untuk sesi 2026/2027?

Permohonan: 1 Ogos – 7 September 2025
Semakan pusat ujian: 12 September – 17 Oktober 2025
Ujian PKSK Ting. 1: 6 – 17 Oktober 2025
Ujian PKSK Ting. 4: 22 September – 3 Oktober 2025
Keputusan: 26 Disember 2025
Rayuan: 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
Semakan rayuan: 6 – 10 Februari 2026
Pendaftaran sekolah: 13 Januari 2026

5. Bagaimana cara semak keputusan PKSK?

Semakan keputusan dibuat secara online melalui portal rasmi yang sama seperti permohonan dengan menggunakan nombor MyKad.

6. Bolehkah murid sekolah swasta memohon MRSM melalui PKSK?

Murid sekolah swasta yang tiada rekod dalam Modul Pengurusan Murid KPM perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan bukan PKSK.

7. Bagaimana calon perlu membuat persediaan untuk PKSK?

Calon digalakkan berlatih contoh soalan, memahami format ujian, menjaga kesihatan, dan memastikan hadir tepat pada masa ke pusat ujian.

8. Adakah temuduga dijalankan untuk sekolah khusus?

Tiada. Kemasukan hanya berdasarkan PKSK & merit kecuali untuk beberapa program khas tertentu sahaja.

9. Apakah dokumen yang perlu dibawa ke pusat ujian?

MyKad/MyKid
Slip pendaftaran PKSK
Borang deklarasi kesihatan (jika ada)
Alat tulis
Pakaian seragam sekolah lengkap.

10. Jika tidak berjaya, apa boleh saya lakukan?

Buat rayuan secara online dalam tempoh rayuan yang ditetapkan.
Keputusan rayuan diumumkan melalui portal PKSK.



Game Center

Game News

Review Film

Berita Olahraga

Lowongan Kerja

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Berita Politik

Resep Masakan

Pendidikan
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Originally posted 2025-08-05 03:53:09.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *