Bayaran SARA 2025 – Tarikh & Jumlah Mengikut Kategori Penerima
13 mins read

Bayaran SARA 2025 – Tarikh & Jumlah Mengikut Kategori Penerima


SARA 2025 atau Sumbangan Asas Rahmah adalah bantuan untuk rakyat Malaysia yang bernilai RM200 (mulai April 2025). Rujuk bantuantunai.hasil.gov.my/Sara untuk info lebih lanjut.

Bantuan ini khusus untuk penerima program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak, yang menyasarkan golongan di bawah paras kemiskinan dan golongan miskin tegar.

Bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedia ada yang berdaftar di bawah eKasih, sumbangan SARA dikreditkan melalui MyKad masing-masing bermula 15 Januari 2025 (Rabu).

Bayaran SARA 2025
Bayaran SARA 2025

Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Terdapat lebih kurang 700,000 penerima keseluruhan akan menerima bayaran SARA 2025. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Bayaran SARA 2025 dan kategori penerima.

BACA JUGA: MyKasih – Semakan SARA 2025 (Sumbangan Asas Rahmah STR)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 ialah bantuan kerajaan Malaysia berupa kredit bulanan yang diberikan secara automatik melalui MyKad kepada isi rumah miskin dan miskin tegar.

Bantuan SARA ini bertujuan membantu pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) di kedai runcit berdaftar seluruh negara.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

Untuk tahun 2025, kadar bantuan dinaikkan kepada RM2,100 setahun untuk isi rumah miskin (berbanding RM1,200 pada 2024) dan program ini telah diperluas meliputi Sabah dan Sarawak, selain Semenanjung Malaysia.

Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI. 

Ringkasan SARA 2025:

  • Kelayakan: Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang juga penerima program STR layak mendapat SARA.
  • Penebusan: Bantuan SARA ditebus dengan membeli barangan keperluan di pasar raya yang mengambil bahagian menggunakan MyKad anda.
  • Cara menebus: Cari barangan berlabel SARA dan MyKasih di pasar raya yang mengambil bahagian, dan kemudian tunjukkan MyKad anda semasa pembayaran.
  • Tarikh akhir: Tempoh penebusan untuk SARA 2025 adalah sehingga 31 Ogos 2025.

Mekanisme & Pelaksanaan 

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke dalam MyKad mereka secara automatik.

Barangan keperluan asas dari kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih di seluruh negara menggunakan MyKad tersebut.

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang telah disahkan dalam data Miskin Tegar dan Miskin eKasih, mereka layak menerima bantuan SARA sebanyak RM100 atau RM50 setiap bulan sepanjang tempoh 12 bulan daripada Januari hingga Disember 2025.

Di samping itu, penerima STR yang tergolong dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan akan menerima tambahan bantuan sebanyak RM100 atau RM50 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan bermula dari April hingga Disember 2025.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
Sumber: Berita RTM

Penyaluran bantuan secara seragam ini adalah penambahbaikan berbanding tahun sebelumnya, di mana bantuan disalurkan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang menetap di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kadar bantuan SARA juga telah dinaikkan, dengan isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih dijangka menerima bantuan sebanyak RM2,100 untuk tahun 2025, meningkat daripada RM1,200 pada tahun 2024.

Untuk suku pertama tahun 2025 iaitu Januari hingga Mac, sebanyak RM100 bantuan akan dikreditkan ke MyKad penerima setiap bulan.

Mulai April 2025, kadar bulanan bantuan ini akan dinaikkan kepada RM200.

Mekanisme ini adalah satu penambahbaikan yang memanfaatkan teknologi digital bagi memastikan bantuan lebih tepat dan mudah digunakan oleh penerima di seluruh negara.

KENYATAAN MEDIA KENAIKAN SUMBANGAN SARA MULAI 1 APRIL 2025

KENYATAAN MEDIA KENAIKAN SUMBANGAN SARA MULAI 1 APRIL 2025KENYATAAN MEDIA KENAIKAN SUMBANGAN SARA MULAI 1 APRIL 2025
KENYATAAN MEDIA KENAIKAN SUMBANGAN SARA MULAI 1 APRIL 2025
KENYATAAN MEDIA KENAIKAN SUMBANGAN SARA MULAI 1 APRIL 2025KENYATAAN MEDIA KENAIKAN SUMBANGAN SARA MULAI 1 APRIL 2025
KENYATAAN MEDIA KENAIKAN SUMBANGAN SARA MULAI 1 APRIL 2025

BACA: SARA 2025 – Sumbangan Asas Rahmah / MyKasih 2025

Siapa yang Layak Menerima SARA 2025?

Kelayakan SARA 2025Kelayakan SARA 2025
Kelayakan SARA 2025

Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada: 

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan 
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.    

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025 

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.  

Semakan Kelayakan SARA 2025

Semakan kelayakan SARA 2025 akan terpapar dalam laman web STR. Anda boleh log masuk akan STR dan membuat semakan melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Semakan kelayakan SARA 2025 juga boleh dibuat melalui aplikasi MyKasih di pautan berikut: 

SARA 2025SARA 2025

Jika status anda LAYAK, anda akan menerima paparan seperti di bawah. Tetapi jika tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

bantuan SARA 2025bantuan SARA 2025
Paparan LAYAK menerima bantuan SARA 2025

Tarikh Bayaran SARA 2025 & Jumlah Bayaran

Sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing-masing mulai 15 Januari 2025. Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui mengenai tarikh dan jumlah bayaran SARA 2025:

Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
Kategori Penerima STR 2025 Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih Penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih
Isi Rumah (Tiada had umur) RM2100
RM100/bulan (Januari-Mac)RM200/bulan (April- Disember)
RM900
RM100/bulan (April-Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan  RM1650
RM100/bulan (Januari-Mac)RM150/bulan (April- Disember)
RM450
RM100/bulan (April-Disember)
Bujang (21-59 tahun) RM600
RM50.bulan (Januari-Disember)
Sumber: LHDN
Kadar Tambahan STR - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025Kadar Tambahan STR - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

BAYARAN SARA 2025 MENGIKUT BULAN (JAN – DIS 2025)

Tarikh Bayaran SARA 2025 & Jumlah BayaranTarikh Bayaran SARA 2025 & Jumlah Bayaran
Sumber: LHDN

BAYARAN SARA 2025 MENGIKUT KATEGORI PENERIMA DAN AMAUN BAYARAN MENGIKUT BULAN

Kategori Penerima Bilangan Penerima Jumlah Kelayakan SARA 2025 Amaun Bayaran SARA 2025 Mengikut Bulan
Januari – Mac 2025 April – Disember 2025
Isi Rumah
(STR & eKasih)
0.7 juta RM2,100 RM100 RM200
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM1,650 RM100 RM150
Bujang
(STR & eKasih)
RM600 RM50 RM50
Isi Rumah
(STR sahaja)
4.7 juta RM900 RM100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM450 RM50
Jumlah 5.4 juta
Sumber: Portal MyKasih

Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar bantuan SARA bagi penerima yang berdaftar di bawah eKasih sehingga RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.

Sebanyak RM100 sumbangan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.

TARIKH BAYARAN SARA BERDASARKAN SEMAKAN REKOD eKasih SECARA BERKALA

Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih 31 Oktober 2024 dengan ketetapan seperti berikut:

i. Data eKasih 31 Januari 2025 (layak SARA 2025 mulai Januari 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada April 2025.
ii. Data eKasih 30 April 2025 (layak SARA 2025 mulai April 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Julai 2025
iii. Data eKasih 31 Julai 2025 (layak SARA 2025 mulai Julai 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Oktober 2025
iv. Data eKasih 30 Oktober 2025 (layak SARA 2025 mulai Oktober 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada November 2025

Barang Keperluan yang Boleh Dibeli – SARA 2025

Di bawah program SARA, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.

Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan 
  • Barangan persekolahan  

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:  

Barang Keperluan yang Boleh Dibeli - SARA 2025Barang Keperluan yang Boleh Dibeli - SARA 2025
Barang Keperluan yang Boleh Dibeli – SARA 2025
Barang Keperluan yang Boleh Dibeli – SARA 2025

Tambahan Kategori Barangan Boleh Dibeli

Bermula 1 Mei 2025, pengguna boleh membeli Barangan Kebersihan Rumah menggunakan bantuan SARA.

Contoh barang yang boleh dibeli dibawah kategori Barangan Kebersihan Rumah ialah sabun/serbuk pencuci untuk pakaian, pinggan mangkuk dan lantai.

Tambahan Kategori Barangan Boleh DibeliTambahan Kategori Barangan Boleh Dibeli
Tambahan Kategori Barangan Boleh Dibeli

Cara Membeli Barangan Menggunakan Bantuan SARA 2025

Langkah-langkah pembelian barang menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan asas yang berlabel SARA atau MyKasih di rak pasar raya atau kedai runcit berdaftar. Barangan ini termasuk dalam sekitar 13-14 kategori yang dibenarkan seperti makanan asas, minuman, ubat-ubatan, alat tulis, dan produk kebersihan diri.
  2. Pergi ke kaunter pembayaran dan tunjukkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan status sebagai penerima bantuan SARA.
  3. Tukar nombor PIN MyKad (jika ini kali pertama menggunakan SARA) daripada 6 digit pertama nombor MyKad kepada PIN baru yang anda pilih. Untuk penggunaan seterusnya, gunakan PIN yang telah ditetapkan.
  4. Juruwang akan mengimbas semua barangan yang ingin dibeli yang termasuk dalam kategori keperluan asas yang dibenarkan.
  5. Masukkan PIN 6 digit pada mesin pembayaran untuk mengesahkan transaksi pembelian secara cashless menggunakan kredit SARA dalam akaun MyKad anda.
  6. Simpan resit pembelian bagi tujuan semakan baki dan rujukan di masa hadapan.

Anda boleh menggunakan baki SARA sehingga tarikh luput iaitu 31 Disember 2025, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga tarikh tersebut.

VIDEO PANDUAN MEMBELI BARANG MENGGUNAKAN SARA 2025

Rujuk video panduan membeli barangan menggunakan MyKad (SARA 2025) di bawah:

Cara Memohon SARA 2025

Bagainamana cara memohon SARA?

Jawapannya, anda tidak perlu memohon SARA 2025. 

Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024.

SARA 2025 turut diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan. 

BACA JUGA: Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2025 & Pesara

Cara Semakan Baki SARA 2025

Anda boleh menyemak baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 melalui beberapa cara berikut:

  1. Semakan baki melalui portal rasmi MyKasih di pautan: 
  2. Semakan melalui resit pembelian.
  3. Semakan baki melalui aplikasi MyKasih.
Semakan baki melalui portal rasmi MyKasihSemakan baki melalui portal rasmi MyKasih
Semakan baki melalui portal rasmi MyKasih
Semakan baki SARA melalui resit pembelian Semakan baki SARA melalui resit pembelian
Semakan baki SARA melalui resit pembelian
Semakan baki SARA 2025 melalui aplikasi MyKasih.Semakan baki SARA 2025 melalui aplikasi MyKasih.
Semakan baki SARA 2025 melalui aplikasi MyKasih.

Aplikasi MyKasih

Anda boleh memuat turun aplikasi MyKasih secara percuma melalui Google Play Store atau Apple App Store. Percuma sahaja.

Aplikasi ini memudahkan penerima SARA 2025 memantau baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang dibenarkan dibeli, serta lokasi kedai berdaftar yang berhampiran.

Link muat turun aplikasi MyKasih:

Cara Semakan Baki SARA 2025Cara Semakan Baki SARA 2025
Baki SARA tidak akan lupur setiap bulan sehingga 31 Disember 2025

Baki kredit bulanan SARA tidak akan luput setiap bulan. Sekiranya anda mempunyai baki yang tidak digunakan, ia akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga 31 Disember 2025.

Oleh itu, anda tidak perlu bimbang jika baki bulan ini tidak habis digunakan, kerana ia boleh dibelanjakan pada bulan-bulan seterusnya sebelum tarikh akhir tersebut (31 Disember 2025).

Senarai Kedai SARA 2025

Kat mana boleh belanja guna MyKasih atau bantuan SARA?

Anda rujuk senarai kedai di sini:

Masukkan nama Bandar dan Negeri kemudian, klik Cari. Senarai kedai yang menerima MyKasih atau SARA akan dipaparkan pada halaman ini.

Senarai Kedai SARA 2025Senarai Kedai SARA 2025
Senarai Kedai SARA 2025

Anda juga boleh rujuk  senarai kedai yang menerima SARA setiap negeri di sini:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA, sila rujuk Portal Rasmi MyKasih di pautan berikut:

Atau, hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800 .

MUAT TURUN SOALAN LAZIM MENGENAI BANTUAN SARA & BAYARAN SARA 2025 DI BAWAH:

FAQ – Bayaran SARA 2025

1. Siapa yang layak menerima SARA 2025?

Layak menerima adalah warganegara Malaysia yang lulus STR 2025 kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan serta tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin dalam data eKasih sehingga tarikh tertentu pada tahun 2024.

2. Bila bayaran SARA dibuat?

Bantuan SARA dikreditkan ke MyKad mulai Januari 2025 dengan kadar RM100 sebulan untuk tiga bulan pertama (Januari hingga Mac). Mulai April 2025, kadar dinaikkan kepada RM200 sebulan bagi isi rumah yang layak dan berterusan sepanjang tahun.

3. Bagaimana pembayaran SARA dibuat?

Bayaran dibuat terus ke dalam MyKad penerima, membolehkan pembelian barangan asas secara tanpa tunai di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit berdaftar seluruh Malaysia.

4. Barangan apakah yang boleh dibeli menggunakan MyKasih/SARA?

Kredit ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, alat tulis sekolah, dan produk kebersihan diri.

5. Bagaimana untuk menyemak status kelayakan dan baki pembayaran?

Status kelayakan dan baki SARA boleh disemak melalui portal rasmi Bantuan Tunai Rahmah, portal MyKasih dan aplikasi MyKasih.

6. Bila tarikh luput penebusan bantuan SARA 2025?

Tempoh penebusan untuk SARA 2025 adalah sehingga 31 Ogos 2025. Baki kredit yang tidak habis sebelumnya boleh digunakan untuk bulan seterusnya.

7. Macam mana nak claim bantuan SARA?

Bantuan SARA ditebus dengan membeli barangan keperluan di pasar raya yang mengambil bahagian menggunakan MyKad anda. Cari barangan berlabel SARA dan MyKasih di pasar raya yang mengambil bahagian, dan kemudian tunjukkan MyKad anda semasa pembayaran.



Game Center

Game News

Review Film

Berita Olahraga

Lowongan Kerja

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Berita Politik

Resep Masakan

Pendidikan
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Originally posted 2025-08-03 15:43:37.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *