IPU Jerebu Malaysia Terkini APIMS
10 mins read

IPU Jerebu Malaysia Terkini APIMS


IPU Jerebu (Indeks Pencemaran Udara) Malaysia Terkini – APIMS (Air Pollution Index Malaysia System)

Jerebu mula melanda beberapa kawasan akibat kebakaran hutan di Sumatera.

Cuaca yang panas dan kering menyukarkan usaha pemadaman api, dan fenomena ini dijangka berlarutan sehingga awal Ogos.

Bagaimana keadaan jerebu di tempat anda?

Jom semak IPU jerebu terkini bagi bandar-bandar utama seluruh Malaysia.

Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar pada jam 3 petang ini menunjukkan lima (5) kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dan 62 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana dan satu (1) stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat pada hari ini iaitu di:

Port Dickson, Negeri Sembilan (IPU 117)

Kemerosotan kualiti udara ini disebabkan oleh terdapat pergerakan asap jerebu memasuki rantau negara ini. Tiada kebakaran besar dalam negara yang dikesan.

Berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada 18 Julai 2025, imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, terdapat 79 titik panas (hotspot) dikesan di Sumatera, lapan (8) titik panas (hotspot) dikesan di Kalimantan dan empat (4) titik panas (hotspot) dikesan di dalam negara iaitu di Pahang.

Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh ASMC pada 18 Julai 2025 (Rajah 1) menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu yang bertiup ke arah barat daya. Keadaan kering dilaporkan di bahagian selatan Semenanjung Malaysia, bahagian Sumatera, Jawa, Kepulauan Sunda Kecil dan bahagian selatan Kalimantan. Titik panas terpencil dikesan di Sumatera, manakala beberapa titik panas dikesan di Semenanjung Malaysia, Kalimantan, Viet Nam dan Thailand. Kepulan asap setempat diperhatikan berpunca daripada titik panas yang dikesan di bahagian utara dan tengah Sumatera.

JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari masa ke semasa.

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan bagi menyelaras tindakan-tindakan agensi Kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara.

Semua pemilik tanah dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan-kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri serta mengambil langkah-langkah untuk mencegah pencerobohan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.

PELAN TINDAKAN JEREBU KEBANGSAAN (PTJK)

JAS melalui Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan sentiasa memantau kualiti udara dari semasa ke semasa dan tindakan yang akan diambil adalah selaras dengan PTJK yang melibatkan kesemua agensi-agensi berkaitan. Antara tindakan yang perlu dilaksanakan oleh agensi adalah:

(i) NADMA akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah/negeri/pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam;

(ii) menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 100;

(iii) Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200. Bagi tujuan ini, pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU. Sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan; dan

(iv) Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan tertakluk kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai pada bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.

Sehubungan itu, JAS bersama Kementerian dan setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu akan sentiasa bertindak dengan lebih cepat dan responsif di atas tindakan-tindakan seperti yang disenaraikan di dalam PTJK.

NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI

Bacaan IPU terkini setiap jam boleh dirujuk di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat url, atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyIPU di ‘Google Play’.

Orang ramai dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my) bagi mendapatkan nasihat kesihatan dan langkah-langkah pencegahan semasa jerebu;

Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja. Menurut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Orang ramai diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727

IPU Jerebu Terkini

ipu jerebu malaysia terkiniipu jerebu malaysia terkini

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai (baik) dengan warna biru; 51 hingga 100 (sederhana-hijau), 101 ke 200 (tidak sihat-kuning), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat-jingga) 300 ke atas (bahaya-merah).

NOTA:

  • IPU merupakan satu sistem indeks untuk melaporkan status kualiti udara di Malaysia. IPU yang dilaporkan mengikut masa yang tertentu dikira berdasarkan sub-indeks bagi enam (6) pencemar udara iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), ozon di permukaan (O3), karbon monoksida (CO), kumin pepejal di bawah saiz 10 mikron (PM10) dan kumin pepejal di bawah saiz 2.5 mikron (PM2.5) yang membentuk sistem IPU Malaysia.
  • Nilai rujukan bagi penentuan IPU adalah berdasarkan Standard Kualiti Udara Ambien Malaysia yang telah digubal pada tahun 2014. Kepekatan bagi enam (6) pencemar udara diukur secara berterusan 24 jam sehari melalui rangkaian 65 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh Malaysia.
  • Selaras dengan penaikan taraf stesen pengawasan kualiti udara di bawah Program Pengawasan Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Programme) yang telah dilaksanakan sejak 13 April 2017, maka tahap amaran dan tempoh tindakan melibatkan agensi berkaitan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah disemak semula. Ini termasuk mengambil kira parameter PM2.5 dalam pengiraan IPU.
ipu jerebu TERKINI  APIMS (Air Pollution Index Malaysia System)ipu jerebu TERKINI  APIMS (Air Pollution Index Malaysia System)

Potongan harga hingga 90% sempena 10.10 Sale di Shopee dengan barangan serendah RM1.00! Jom dapatkannya di SINI.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗧𝗘𝗢𝗥𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔: JEREBU RENTAS SEMPADAN

Jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia. MET Malaysia tidak menjangkakan sebarang cuaca hujan atau perubahan arah tiupan angin bagi mengurangkan kesan jerebu berkenaan dalam tempoh beberapa hari ini.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka memandangkan ia boleh menyebabkan keadaan jerebu bertambah buruk dan pencemaran terhadap alam sekitar.

Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web METMalaysia di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat. Muat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih hanya di MET Malaysia.

Info Jerebu

Apakah itu jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.

Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Apabila partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancara cahaya matahari ke bumi.

Oleh yang demikian, keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

indeks pencemaran udaraindeks pencemaran udara

Tahukah anda golongan yang berisiko tinggi semasa jerebu iaitu kanak – kanak , warga tua , wanita mengandung ,pesakit jantung , pesakit Asthma dan COPD perlu mengambil langkah pencegahan seperti di bawah supaya tidak diserang kesan buruk akibat keadaan jerebu yang berterusan .

  • Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah
  • Minum air yang secukupnya
  • Pakai mask apabila berada di luar
  • Kerap membasuh muka dan bahagian bahagian yang terdedah kepada jerebu
indeks pencemaran udara ipu jerebuindeks pencemaran udara ipu jerebu

RUMUSAN IPU JEREBU:

  • Baik / Good (0-50)
  • Sederhana / Moderate (51-100)
  • Tidak Sihat / Unhealthy (101-200)
  • Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy (201-300)
  • Merbahaya / Hazardous (300 above)
indeks pencemaran udara apimsindeks pencemaran udara apims

Cara Semakan IPU Jerebu Terkini (APIMS)

Untuk mendapatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) jerebu yang terkini di kawasan anda, sila layari laman web APIMS (*Dikemaskini setiap jam)

ipu jerebu malaysia terkiniipu jerebu malaysia terkini

Baca juga :

pelan tindakan jerebu kebangsaan sekolah kpm indeks pencemaran udarapelan tindakan jerebu kebangsaan sekolah kpm indeks pencemaran udara
Muat turun : Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK)

Dapatkan voucher sehingga RM60 Shopee Wellness untuk pelbagai barangan kesihatan termasuk face mask, pil vitamin dan kelengkapan kesihatan.

Langkah Pencegahan & Kawalan Kesihatan Semasa Jerebu

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)  Status  Tahap Pencemaran  Langkah-langkah pencegahan dan  kawalan Kesihatan 
0-50 Baik Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum ·      Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan.

·      Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat. 

51-100  Sederhana Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum ·      Tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan

·      Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat 

101-200 Tidak sihat Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi. ·      Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.

·      Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah

·      Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang LASAK di luar rumah. 

201-300 Sangat tidak menyihatkan Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi  ·      Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti Lasak di luar rumah.

·      Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.

·      Golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal.

·      Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah

·      Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

·      Bilik Gerakan Peringkat Kebangsaan dibuka pada waktu pejabat atau atas arahan Jawatankuasa Pemandu (Kesihatan).

·       Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa minum banyak air. 

·      Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu. 

301-400                Berbahaya               Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.             ·      Golongan berisiko tinggi digesa berada di dalam rumah.

·      Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

·      Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

·      Orang ramai dinasihatkan memakai alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.

401-500  Berbahaya Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.  ·      Tindakan seperti aras IPU 301 – 400 
500 ke atas Darurat  Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan. ·      Tindakan seperti aras IPU 301 – 400

·      Orang ramai diminta untuk mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara dan sentiasa mengikuti perkembangan melalui media massa 

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapatkan maklumat terkini tentang status jerebu di kawasan anda, sila ikuti saluran berikut:



Game Center

Game News

Review Film

Berita Olahraga

Lowongan Kerja

Berita Terkini

Berita Terbaru

Berita Teknologi

Seputar Teknologi

Berita Politik

Resep Masakan

Pendidikan
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center

Originally posted 2025-07-20 13:18:42.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *